Nuffnang

Thursday, 24 November 2011

Proton Saga FLX SE 1.6


Gambar dekat atas ini adalah Proton Saga FLX SE 1.6. Memang aku cukup teruja bila perkhabaran berita yang Proton Saga SE akan ditujah dengan kuasa 1.6. Dekat rumah aku ada sebijik saga BLM versi lama. memang cukup puas hati dari segi pemanduan dan suspensi dia cukup mantap. Tapi satu saja kelemahan dia, xcukup 'power' dan memang xjimat minyak lansung . kalau konvoi dengan wira 1.5 balik ke kelantan,saga BLM 1.3 mesti lagi kuat menketedarah minyak berbanding wira.

Proton Saga SE akan menggunakan enjin 1.6liter dan kotak gear CVT. Bodykit juga dengan rekaan baru namun tidak dicat dengan warna body. Rimnya juga jenis multispoke halus. Lampu belakangnya menggunakan cover jenis clear sama seperti Myvi SE lama. Kerusinya menggunakan balutan kulit berwarna hitam. Menurut sumber, pelancarannya adalah pada 26hb 11 ini dan berkemungkinan akan dilancarkan bersama Exora Bold turbocharged. Menurut sumber dalaman, harga Proton Saga FLX SE 1.6 sekitar RM49,000.





Aku yakin sekiranya model ini dilancarkan Perodua Myvi Extreme 1.5 pasti terkena tempiasnya. manakan tidak padanan enjin 1.6 IAFM + CVT cukup ampuh untuk membawa seisi keluarga meneroka seluruh semennanjung Malaysia. Kalau diberi pilihan antara Proton Saga FLX SE 1.6 VS Perodua Myvi Extreme 1.5 yang mana satu pilihan anda??


Sumber Berita Klik SIni dan Sini


p/s ; aku terjumpa satu video tentang  Jenayah Jalanan dan Jenayah Indeks di Malaysia kini telah berkurang. betulkah??..untuk tonton video tersebut Klik Sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang