Nuffnang

Friday, 11 November 2011

Khas Untuk Kaki Ponteng Kuliah

Aku yakin ramai diantara kita masa sekolah dulu, amatlah liat untuk bangun pagi siap2 untuk  pergi kelas. Lebih-lebih lagi masa pagi isnin. Ye r, mana taknya lepas je cuti 2 hari sabtu dan ahad. berbasikal keliling taman, main bola tak ingat malam. Tiba-tiba esok pagi kena siap-siap gosok baju dan pergi sekolah. Disebabkan tiap-tiap minggu lepas Ahad je ISNIN menyebabkan banyak2 hari aku paling benci hari Isnin kerana sesi persekolan bermula seperti biasa tiada lagi boleh menonton DrgaonBall di TV2 jam 9.30

Kemalasan Aku untuk ke sekolah berterusan sehinggalah, aku melanjutkan pelajaran di MRSM MUAR. bila dah besar sikit jauh dari keluarga  macam2 r alasan kau untuk tidak ke sekolah. demam r, sakit gigi r. Alsan yang paling mudah dan banyak untuk aku ke klinik sekaligus ponteng kelas adalah migrain..hehehe...Aku paling suka tuang kelas, 'fly', cabut kelas dan macam2 lagi istilah yang korang guna adalah kelas Matematik tambahan. Masa tu aku memang benci sangat2 subjek ney, sebab susah sangat aku nak paham asik dapat markah parat hidung atau gagal memanjang.

Tapi sekarang aku Di IPT, aktiviti mingguan kegemeran aku terpaksa dikurangkan. Ini disebabkan aku masih gagl lagi untuk mencari alasan yang betul2 kukuh atau konkrit untuk ponteng kuliah. So, bagi sapa2 yang masih buntu seperti aku. mungkin boleh cuba tips di Video ini.


 

p/s..So bagi sesiapa yang dah ada anak. aku nasihatkan didiklah mereka elok2..dan sapa2 yang berminat mungkin boleh daftar anak mereka di Pra-Sekolah Percuma. kepada Sesiapa yang ada masalah kewangan eloklah daftar ana mereka. Sesiapa yang belum dan ingin dafta anak mereka KLIK SINI.. untuk Pra-Sekolah Percuma

1 comment:

  1. aku boleh ja ponteng tanpa buat macam video ni.. sekarang kat uni mana??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang