Nuffnang

Monday, 19 December 2016

Bagaimana Mendapatkan Tiket Bas Murah Dengan RedBus.My


Harga kebiasaan bagi tiket bas Transnasional adalah berharga RM 35.70 tetapi dengan membeli tiket bas melalui laman web red.Bus ataupun melalui aplikasi telefon pintar anda akan dapat potongan harga yang sangat lumayan. Disember lepas saya berjaya membeli tiket bas dari Kota Tinggi ke TBS pada hanya RM 17.85 sahaja. betul separuh harga sebenar. Saya pada mulanya agak ragu dengan kesahihan tiket ini sehingga saya pergi sendiri ke kaunter bas di, ternyata tiket ini sahih bukan scam atau fraud. Betapa gembira apabila dapat membeli dengan harga promosi ini red.Bus my. Klik link ini Red.Bus

Di bawah ini adalah bukti tiket yang saya dapat beli. sangat murah dan berbaloi. Mendapatkan tiket bas murah bukan mustahil

Tiket Transnasional 

Platform bas yang saya naiki 

Ternyata ketika ini ada promosi dari Red.bus. setiap 'Sign-Up' baru secara automotik anda akan dapat RM20 secara Percuma. ya betul anda tidak salah baca. Mendapat hadiah secara RM20. berbaloi bukan. Jika harga tiket anda RM25. RM25-RM20 = RM5. anda hanya perlu membayar RM 5 sahaja. Cuti sekolah ini cepat tempah tiket bas anda. 

Untuk Mendaftar dengan Klik Sini Red.Bus



Tuesday, 22 November 2016

Kisah Cinta Pandang Pertama

Arghhh,
Mulutku terkunci lagi,

Geram dengan diri sendiri, dimana kekuatan yang dibina selama ini?. Bukan sedikit latihan dan pengulangan ayat sudah ku ulang. Jiranku pasti kebingungan melihat aku sering bercakap sendirian di ampaian bajuku. Disitulah tempat ku berlatih meluahkan kata. Tetapi bila saja tiba masanya, hatiku mula gundah dan mulutku terkatup dengan sendiri.
Mindaku kosong, entah apa yang ku fikirkan. Seolah-olah aku di awang-awangan. Semakin kucuba untuk luahkan, semakin dalam mindaku terbenam.

Geram,

Sudah beberapakali peluang ini terhidang. Bukan aku tidak tahu alamat rumahnya, waktu rehatnya, warung yang selalu si dia singgah. Bahkan aku sudah mula rapat dengan pemilik warung tersebut kerana pasti aku bertanya apa yang dibeli oleh si Dia. Semuanya sudahku catit rapi. Ibarat lif sudah terbuka tinggal lagi memicit butang tingkat  berapa untuk ke destinasi. Tapi bila masa yang menuntut aku mengucapkan  bicara pasti tiada apa yang diluahkan. Suasana menjadi terlalu sepi, jantung berdegup kencang. Terasa ingin meletup dada ini menahan gugupnya gemuruhku. Selalunya, langkah pertama sangat yakin sehingga semakin hampir aku akan membiarkan sahaja si Dia berlalu pergi. Cis, sampai bila aku akan bergini

Malu,

Aku bukannya pemberani meluahkan apa yang terbuku di hati. Malu, yang teramat sangat. Bukan sekali aku begini, ketika aku masih menuntut di Universiti. Siapa tak kenal Anak Mak Milah Roti Jala, Setiap pagi pasti aku singgah ke sana. Bukan mahu makan sangat, tetapi sekadar ingin menatap wajah anaknya. Salmah yang setia menunggu di kaunter. Tapi tak banyak yang aku lakukan. Hanya mampu merenung wajahnya. Merenung dari jauh sangat menyeksakan.

Nekad,

Kali ini aku nekad. Jika kata ini tidak diluahkan pasti sampai bila pun jiwaku akan terus terseksa. Tidak lama lagi sudah mahu menjengah ramadhan. Sesudah Ramadhan hari yang sangat dinantikan oleh seluruh umat islam iaitu Hari Raya. Hari Raya soalan cepumas yang ditanya ‘Kau tu bila lagi nak kahwin’. Stress aku memikirkan. Lagi seminggu umurku akan menjengah 30 tahun. Usia yang agak lanjut kalau belum kahwin. Amir, kawan rapatku sejak di bangku sekolah sudah menimang anak ke-4. Aku masih pengecut untuk meluahkan bicara memikat pemaisuri hatiku.
Inilah masanya,

Jam sudah 12.30 tengahari, sebentar lagi si Dia akan turun rehat dari pejabat untuk makan tengahari. Aku dan bersedia awal-awal. Rambut sudah disisir rapi, minyak wangi sebotol aku dah habiskan. Tinggal lagi mulutku saja ini, mahu terbuka atau tertutup.
Tup, tak, tup, tak
Haaaaa, bunyi kasut si Dia

Assalamualaikum
Waalaikumussalm (jawapnya garau)
Ha?.. .............
Garaunya suara dia. Patut la tinggi aku dan dia tidak jauh beza
Separuh pengsan aku dibuatnya

Aku tidak menoleh kebelakang lagi
LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII


Thursday, 8 May 2014

Masa Depan Malaysia

JIka mahu menjadi pemimpin 
Jadilah seperti Umar Abdul Aziz 
Menjadi Khalifah hanya 2-3 tahun (717-720)
Tetapi dikenang berabad lamanya, 
Disanjung jasanya, 
Makmur bumi sehingga tiada rakyat yang layak menerima zakat serata dunia!!!

Jika memerintah sudah lama (57 tahun sejak merdeka)
tetapi yang rakyat ingat hanya dusta dan nestapa,
Tunggu apa lagi, berilah laluan kepada yang lebih layak.

Tuesday, 3 September 2013

Janji Ditepati

Aku tahu...Harga minyak dinaikkan bukan nak membebankan rakyat...
tapi nak suruh rakyat berjimat..bawak kenderaan dengan lebih berhemah..

Macam Kes HARGA GULA naik, nak biar kita kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman


Macam Kes Harga AYAM naik, nak biar kita lebihkan sayur-sayuran kurangkan makanan ayam suntik...



Tuesday, 27 August 2013

10 Pemain Bola Sepak termahal di Dunia


Tahta yang dulu dipegang oleh Cristiano Ronaldo kini dirampas oleh Gareth Bale selaku permain bola sepak paling bernilai Di Bumi. Dengan nilai 86 juta pound dan berkaji 300 000 ribu pound seminggu menjadikan Bale pemain paling bernilai di Dunia..

Jika Diletakkan nilai agak-agak berapa nilai Anda???
Bernilaikah ANda??...atau anda lansung tiada Nilai

10 PEMAIN TERMAHAL DUNIA:

1. GARETH BALE (Spurs ke Real Madrid, Ogos 2013) - £85.9 juta

2. CRISTIANO RONALDO (Man Utd ke Real, Jun 2009) - £80 juta

3. KAKA (AC Milan ke Real Madrid, Jun 2009) - £56.1 juta

4. EDINSON CAVANI (Napoli ke Paris SG, Julai 2013) - £55 juta

5. RADAMEL FALCAO (At Madrid ke Monaco, Mei 2013) - £51 juta

6. FERNANDO TORRES (Liverpool ke Chelsea, Jan 2011) - £50 juta

7. NEYMAR (Santos ke Barcelona Mei 2013) - £48.6 juta

8. ZINEDINE ZIDANE (Juventus ke Real, Julai 2001) - £45.6 juta

9. ZLATAN IBRAHIMOVIC + SAMUEL ETO'O (Inter Milan ke Barcelona Julai 2009) - £40 juta

10. HULK (Porto ke Zenit St Petersburg, Julai 2012) - £39.5 juta


Firman Allah, mafhumnya: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi kamu adalah orang yang bertaqwa.” (Surah al-Hujurat 49: 13)

Kita mulia kerana taqwa bukan kerana 'mahalnya' kita di dunia


Sunday, 18 August 2013

Apakah maksud simbol 4 Jari?






GEMPAR. Pengguna FB dan Twitter mula menyedari kemunculan logo berjari empat disertakan tulisan 'R4BIA' yang memenuhi DP friends di media sosial. Anda tertanya-tanya maksudnya?

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh regim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras massacre yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Morsi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ayuh, tunjukkan solidariti ! Sebarkan.


sumber dari Facebook

Thursday, 15 August 2013

Jalan-jalan di hari Raya ke 3


Gua petang tadi jalan2 di pekan dengan mak dan adik....
dek kerana Hari raya ke-3, suasana di pekan masih lengang...
sambil mak gua beli barang dia, gua menular sebentar mencari cendol...
tengahari yang terik memang syahdu, dapat minum cendol....

Gua bungkus 1 untuk adik dan mak gua....
masa gua nak kasi cendol dekat mereka berdua ini, 
tiba2 mak gua dalam nada terkejut cakap...
"ehhh, mana dapat cendol tengahari ini, sekarang baru pukul 2"

gua sahut
" dekat stesen bus, dia ada jual"...

tiba2 mak gua macam baru perasan
"Ehhh, dah raya lama..mana puasa"

p/s gua senyum je r.. suasana kehangatan tarbiah Ramadhan paling melekat dalam jiwa...kemeriahan raya tak mampu hilangkannya...so kawan2 dah mula puasa 6 belum??...mak gua dah 2 hari...gua belum mula...


sumber gambar

Monday, 5 August 2013

Proton Preve Hatchback 2013

Proton Preve antara model yang berjaya dalam keluaran proton. Dari segi jualan antara 1000-2000 buah jualan bagi setiap bulan. Kawan-kawan dan saudara-mara aku ramai juga yang pakai preve. Apa yang aku boleh puji dari segi 'performance' memang mantap. keluasan dalaman kereta melebihi semua segmen kereta yang sama. bahkan bonet belakang juga sangat luas. oleh itu proton bakal meenggunakan platform yang sama dari proton preve menghasilkan Proton Preve Hatcback




Terdapat juga warna Putih




Proton Preve Hatcback  bukanlah pengganti satria Neo, tetapi satu model baru dari proton untuk pasaran orang muda, terutama yang baru mulakan kerjaya yang inginkan imej sporty dan segar. Proton Preve Hatcback masih tidak diketauhui lagi bilakah tarikh perasmian dan apakah spesifikasi tepatnya. adakah akan sama atau ada penambahbaikan yang siginifikan???...sama2 kita nantikan

Proton Preve Vs Naza Forte

sumber gambar dari Arena Kereta

Wednesday, 24 July 2013

Toyota Vios 2013 Kini di Malaysia (2 GAMBAR)



Toyota Vios antara model yang popular di Malaysia. Jika kita melihat kepada perangkaan jualan kenderaan bukan Nasional iaitu selain keluaran Proton dan Perodua, model toyota VIOS sering mendapat jualan yang tertinggi disaingi hebat model HONDA CITY. Oleh itu kehadiran Toyota VIOS 2013 baru pasti menjadi bualan dan para peminat toyota pasti menunggu dengan teliti kehadiran kereta baru ini...



Ternyata 'baby' baru TOYOTA ini merupakan satu model baru dan bukan 'facelift'.  dengan lampu hadapan yang baru dan lampu belakang yang cukup mengancam pasti menggugat jualan kereta NASIONAL seperti Proton Preve dan NAZA forte. Sungguhpun dua model ini merupakan segmen yang berbeza tapi dengan harga yang hampit sama pasti memberi saingan yang hebat. jika Proton Preve Vs Toyota VIOS, manakah pilihan anda??

Saturday, 1 September 2012

Video Budak Sekolah

Masa aku sekolah dulu, permainan seperti baling selipar dan 'police and thief' ( selalu sebut police and tree) mesti aku dan rakan-rakan sekelas akan main saban petang. bergelak ketawa dan berpeluh satu hobi yg power. Tapi budak-budak sekolah sekarang dah tak layan sume benda tu. lebih suka lepak depan laptop, mukabuku, pencicip dan paling latest skang buat video.

Video budak Sekolah

 

p/s Nak testing SEO ney..huhuhu

Wednesday, 29 August 2012

Legenda Toyota AE86 Dunia Nyata



Walaupun aku bukanlah peminat setia sukan lasak drift tapi mamat yg bawak kereta Legenda Toyota AE86 buatkan aku minat pulak sukan ini. Lebih-lebih lagi beliau ini meripakan Rakyat Malaysia. Sempena Kemerdekaan Negara Malaysia 55 saya akan memaparkan lebih banyak individu malaysia yang hebat

p/s Cuba teka nama penuh driver ini di ruang komen


Sunday, 29 July 2012

Kontijen Olimpik Malaysia diTIBAI


Haritu majlis perasmian olimpik telah berlalu. dan seperti biasa akan ada gosip-gosip hangat seperti olimpik illimunati. kali ini aku nak tunjuk satu gambar yg agak padu. Pasal kontijen Malaysia kena TIBAI


Pada pendapat aku r kan. tak da r teruk sangat, stylo jugak. Cuma mungkin pilihan warna yg kurang padu. media ney saja nak lemahkan semangat pasukan Malaysia gamaknya.

Tuesday, 24 July 2012

Tips Menjadi Pintar Khas untuk bebudak PMR

Satu hari, beberepa hari sebelum PMR


Karim : Aku risau r dengan keputusan peperiksaan percubaan PMR aku..teruk sangat. 8 subjek aku ambil 9 fail. Ko ada cara tak untuk bantu aku menjadi Pintar.


Kasim : Aku pun tak ada r pandai sangat. lebih kurang keputusan ko ja keputusan haritu..semua subjek aku dapat  A. Bermaksud aku dapat 8A r. 


Karim  : ( merenung Kasim sambil menelan air liur). kemudian bibirnya mula mengungkap kata2. Biasa- biasa  ko cakap, keputusan ko memang padu tu. aku nak dapat satu A pun payah..


Karim  : (Tersenyum bangga sambil membetulkan kolar bajunya yang tidak lansung menglebeh). Aku boleh nak bantu ko menjadi pintar. Esok pagi kita jumpa dekat kedai pakcik sameon bawah pohon jambu tu, kemdian aku bawak ko ke tempat untuk menjadikan ko pintar

Tiba Hari yang dinantikan

Kasim terus menerus mengikuti langkah demi langkah Karim bagaikan lembu dicucuk hidungnya. selang berapa minit maka sampai lah mereka berdua..



Karim : dah sampai sin, ko tunggu kat luar ya. aku masuk jap..ko nak jadi pintar kan??

Kasim : ( mengangguk perlahan, kebingugan)..walaupun begitu dia masih percayakan rakannya

Karim : Nah sin (Tersyum puas). benda ini lah yang aku cakapkan. Orang Eropah dan US sume pakai ini untuk jadi pintar. bagi sini Rm1000 ko bayar dekat aku


Kasim : ini??????..ini Telefon pintar bukannya aku yang jadi PINTAR..( Memegang alat menjadi pintar tersebut dan mencampakkanya ke dalam longkang)

Kasim : Owh..benda ini tak bleh buat jadi pintar ya..

Buat yang terbaik ya untuk budak PMR

Monday, 23 July 2012

Gaji pemain bola sepak paling mahal di dunia



Mesti korang ingat mamat kat atas ney kan..bukan, bukan mamat ney..
ataupun mamat dekat bawah ney...


Bukan juga..Messi dan Ronaldo antara dua pemain bola sepak terhandal di era globalisasi kini. tetapi gaji dia bukan paling mahal dunia..



Tetapi mamat kat atas ney r yang bergaji paling mahal di dunia..RM1 juta satu minggu ataupun £200,000 seminggu..padu gila dia punya gaji... Drogba adalam pemain bola sepak bergaji paling mahal di dunia

SUMBER berita di bawah ini


AFP
Didier Drogba in New Delhi

Drogba: Shanghai move not for money

Didier Drogba insisted a new challenge and not money was the motivating factor for his move to Shanghai Shenhua.
The former Chelsea striker was presented by Shanghai today [Saturday] after last month agreeing a two-and-a-half year contract reportedly worth £200,000 a week with the Chinese Super League outfit.
The 34-year-old Ivory Coast international said at his unveiling that the desire for a "big challenge", and not financial reasons, was behind his decision to quit Europe for Asia.
When quizzed on his salary, Drogba said: "It's not really important, the most important thing is I come here to help Chinese football."
He added: "The money's not really what is the most important thing, because everybody knows that I give a lot of my money to my foundation, so really I didn't come here with the idea of making a lot of money
"I know China is a great sports country, so for me it was also a big challenge because it would have been easy for me to stay in Europe and go to another team, another big team, but I want to achieve this challenge so that's why I decided to come here."
Drogba played a key role in last season's Champions League success with Chelsea, while he also won three Premier League titles and four FA Cups during eight hugely successful seasons at 

Saturday, 21 July 2012

Proton Prevé Sapphire



Salam Ramadhan semua. haritu aku ada paparkan model konsep Proton Preve R3. Model konsep Proton PrevĂ© Sapphire  ini telah proton paparkan sejurus semasa pelancaran Proton Preve yang lalu. kali ini dia punya  make-up memang padu,  luaran dia nampak eksklusif. Tampak Mewah. Aku suka kemasan luaran yang lebih teliti daripada team design Proton. Dengan pelancaran Proton Preve ini, betul2 meletakkan Proton ke tahap yang baru setelah lama dibuai dengan sinisan mengenai gelaran kereta tin milo dan masalah power window. tapi Model Proton Preve Sapphire masih lagi dalam model konsep.

Bahagian Belakang : 

Aku yakin kalau ini lah production untuk Proton Preve SE, mesti akan jadi hot model. Sebab kebanyakn orang tak minat tang belakng Proton Preve ney. tapi apa2 pun kita tunggu, biasanya model SE akan keluar 1-2 tahun selepas Production awal.


Interior ( bahagian Dalaman ) :

Aku malas sangat nak komen bahagian dalaman,  bagi aku Proton Kena perbaiki aspek ini, sebab aku lihat Perodua juara bagi bahagian kemasan dalaman. tengoklah Myvi baru, kemasan dalaman dia memeng setanding dengan harga. Bagi kemasan Preve Sapphire ini ok lah. kerusi dia kulit tu..


Rim :
Ini aku paling suka

Proton Preve Sapphire


p/s : Proton tak ada ke nak buat Promotion Raya Proton Preve. boleh pulang ke kampung dengan model Proton Preve harga raya

Friday, 20 July 2012

MalaysiaKu Hebat : Video Ramadhan yang Padu

Bersama saya lagi dalam segmen MalaysiaKu Hebat. kali ini gua nak show satu video anak malaysia yang buat. kali ini mesej dia padu. buat gua lebih bersemangat ramadhan tahun ini.gua harap bau ayam percik buat gua tak keliru azan asar or magrib..huhuh

p/s : Tips ramadhan yang padu



Tuesday, 17 July 2012

Proton Preve R3


Semalam gua merayau-rayau di ruangan sesawang..gua jumpa satu benda yang cun Proton Preve R3. Walaupun penambahbaikan tak terlalu extreme dan enjin tiada penaikan taraf, tapi benda2 yang simple ney r nampak cun.


untuk harga Proton Preve R3 ini anda hanya perlu menambah RM3+++ sahaja..

Proton Preve Vs Kia/Naza Forte


Aku rasa, seluruh malaysia dah tahu mengenai kewujudan kereta terbaru kelauaran Proton, iaitu Proton Preve. Kali, pengeluar kereta Nasional bukan lagi mengeluarkan sebuah model cap ayam, tapi betul2 mampu menggugah model2 baik daripada japan, europe mahupun korea. Model proton kali ini  cukup ampuh dan mempunyai spesifikasi yang amat mantap. Kalau dinilai dari sudut gajet yang dilengkapi kali ini kereta yang sepadan dengan harganya pasti jauh ketinggalan. Kali ini proton bukan sekdar membuat kereta picisan tapi berjaya sedikit sebanyak menembalikan semula keyakinan pembeli dan peminat setia Proton.

berikut merupakan perbandingan antara Proton Preve dan Naza Forte

harga proton Preve
RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)  
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)


Proton Preve vs Forte bukan sahaja menang dari sudut harga tetapi termasuk safety dan value for money

p/s Proton Preve kaler merah memang nampak garang dan padu

sumber sini

Tuesday, 10 April 2012

MalaysiaKu Hebat : Semua nak di 1Malaysiakan

Kalau boleh semua tempat dia nak letak. Dah tak pikir dah, mungkin itu bukti sejati yang memang Perdana Menteri kita dicintai dan disayangi


1. Kedai 1Malaysia


 2. Laptop 1Malaysia


3. Chopper 1Malaysia


4. Baucar Buku 1Malaysia



5. Seluar Dalam 1Malaysia (Stylish...Comfort and Fit)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang