Nuffnang

Wednesday 26 October 2011

Khas untuk yang Bermata Keranjang : Cari Apa yang tersembunyi

Anda power kalau dapat cari dalam 10 saat : Mata Keranjang (Mata Helang)
Jika Anda kacak jangan terus 'scroll' ke bawah. Uji mata anda


Kalau dalam sejam masih xdapat lagi sila hentak kepala dekat dinding..:)



Nampak tak???..klu masih tak nampak, tekan control + W..pasti ada jawpan yg paling jelas

Sunday 23 October 2011

Video ini Buat Aku Nak Ada Anak Kembar : Comel Habis


 

Video ini memang best dan betul2 asli. dengan 2 orang budak yg teramat comel dan tak berbaju. Dua-dua pakai stokin tapi yg sorang tu pakai sebelah saja, baju tak pakai tapi stokin pakai plak. Comel sangat2. Kenapa saban hari semakin bertambah kes pembuangan bayi. Memang mengundang kemurkaan dari ALLAH.

Apa r perasan yang ada pada generasi muda sekarang yg sanggup membuang bayi hasil daripada penzinaan yg terkutuk. Aku sekarang ini betul2 buntu dan sedih melihat masyarakat. Intsitusi keluarga yang runtuh, pemimpin yang korupsi, generasi pewaris bangsa yg lemah dan selalu inginkan hiburan melampau. apa lah yang akan jadi kepada negara Malaysia 20 tahun yg akan datang.

Antara punca yang jelas dan ramai sebenarnya tidak melihat ini sebagai punca adalah keruntuhan fungsi institusi keluarga serta peranan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak.

Sabda Rasulullah :

Setiap bayi yang lahir itu dalam keadaan fitrah ( beragama Islam). Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapanya samada ingin menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi 

Hadis riwayat Bukhari



Saturday 22 October 2011

Pelaburan Silver Fizikal Di Malaysia


Semalam pergi pasaraya nak beli stok barang-barang mentah untuk persediaan raya. Kosnya, RM 140

Dalam kepala pikir... "Lebih kurang 1 oz Silver bar Morgan barang-barang nih!... isk"

Pernah tak anda fikir sebegini?
Saya dah mula latih diri saya untuk letak harga dari segi Silver.

Apa tujuannya?
Supaya kita dapat ukur kuasa membeli dan kadar inflasi sebenar.

Dari hari ini jom kita mula fikir harga barang dalam Silver.
Kalau tahun ni kita beli groceries satu troli = 1 oz Silver bar Morgan,
jom tengok tahun depan bagaimana dengan perubahan harga.
Sama harga ke, ataupun tahun depan kena bayar 1.2 oz Silver bar Morgan ataupun kurang.

Tekaan saya: Untuk satu troli barangan yang sama tahun depan,
harga dalam RM akan naik tetapi harganya dalam silver masih lagi 1 oz Silver bar Morgan.

Kalau tekaan saya betul, maknanya kenaikan harga barang memang amat membimbangkan sekarang. Jika ia berterusan, kemungkinan kita akan menghadapi hyperinfalsi.

Hyperinflasi adalah keadaan di mana kepercayaan kepada wang kertas sudah terhakis sama sekali. Pernah dengar tentang duit daun pisang zaman Jepun dulu? Itulah yang bakal terjadi.

Di dalam ebook Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia, saya bukan sahaja menyenaraikan
keburukan hyperinflasi malah PELUANG PEMINDAHAN KEKAYAAN PALING BESAR yang pernah terjadi di dalam sejarah manusia.

Persediaan perak anda sekarang bukan sahaja menjadi insurans atau pelindung kekayaan. Ia bakal menjadi PENJANA KEKAYAAN di masa hadapan.

Untuk panduan paling konprehensif bagi memaksimakan potensi pelaburan perak, dapatkan ebook sekarang.

Proton Saga FLX Vs Perodua Myvi 2011 : Statistik Jualan

Setakat artikel ini ditulis kedua-dua model iaitu Proton Saga FLX Vs Perodua Myvi 2011 merupakan jualan terlaris dalam industri automatif Malaysia. Kalau bukan si Potong Proton Saga mesti si Perut-Dua Perodua Myvi menjuarai Statistik jualan Kenderan Nasional September 2011 :


1) Perodua Myvi    - 5,941
2) Proton Saga     - 5,474
3) Perodua Viva    - 4,385
4) Proton Persona  - 3,085
5) Perodua Alza    - 2,762
6) Proton Exora    - 1,438
7) Proton Inspira  - 502
8) Proton Satria Neo - 220
9) Proton Waja     - 34
10)Proton Gen2     - 6


Perodua Myvi menjuarai statistik jualan pada September 2011. tapi berjaya diikut rapat Proton Saga. Dengan pelancaran agresif Myvi Extreme 1.5  dan promosi yang mantap dari pihak perodua berjaya melonjakkan statistik jualan Perodua Myvi.yang sebelum ini jatuh teruk.   tapi apa2 pun kita tunggu sehingga Pelancaran Proton Saga FLX 1.6. Pasti ada perubahan pada statistik jualan


Wednesday 12 October 2011

Kenapa kena simpan Silver a.k.a Perak?



Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan
silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan
dalam silver  ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak
tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
silver  tak memberi dividen dan turun naik harga
silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam
silver  ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion
dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang
kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang
paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

"Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang
dengan rakyat Malaysia?
Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang,
bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan.
Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
Belanja sakan lagi.
Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve
kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan.
Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa
bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas,
Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi,
tinggal masukkan masukkan command:
'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga.
Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang
berlambak-lambak tapi takde nilai.
Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis,
manusia akan berpusu-pusu cari silver  untuk
melindungi harta.

Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.
Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'.

Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas
yang cepat sangat susut nilai kepada silver ,
harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
selagi tu la silver  akan naik harga.

Bukan silver  je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

"Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli silver  sebagai pelindung harta."

Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Ebook 'Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver' akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak.

Thursday 6 October 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia


Bekas CEO Apple Steve JOb telah disahkan meninggal dunia. Beliau yg telah berumur 56 tahun dan telah bertarung dengan cancer pankreas Mati dengan meninggalkan dunia teknologi yg telah lama mendapat sentuhan daripada beliau. Silicon Valley yg lahir dari pemikiran tajam beliau, dan revolusi iPad yg mengubah lanskap teknologi merupkan salah satu idea genius lahir daripada insan yg bergelar Steve JoB

Produk dihasilkan Apple dibawah kendalian Steve JOB

1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.
2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.
3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.
4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.
5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.
6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.



Sumber berita KOSMO dan Beta.my

10 Soalan lazim pembeli baru Perak a.k.a Silver

1. Nak beli kat mana Perak?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan Perak?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

Tuesday 4 October 2011

3 sebab Utama Memilih perak berbanding Emas

Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur bullion perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang