Nuffnang

Thursday 6 October 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia


Bekas CEO Apple Steve JOb telah disahkan meninggal dunia. Beliau yg telah berumur 56 tahun dan telah bertarung dengan cancer pankreas Mati dengan meninggalkan dunia teknologi yg telah lama mendapat sentuhan daripada beliau. Silicon Valley yg lahir dari pemikiran tajam beliau, dan revolusi iPad yg mengubah lanskap teknologi merupkan salah satu idea genius lahir daripada insan yg bergelar Steve JoB

Produk dihasilkan Apple dibawah kendalian Steve JOB

1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.
2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.
3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.
4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.
5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.
6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.



Sumber berita KOSMO dan Beta.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang