Nuffnang

Wednesday, 15 June 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 MalaysiaKU


Tiba-tiba perasaan tertanya-tanya membuak-buak di dada. Ini semua gara-gara hampir Selama 3 hari berturut-turut di seluruh Media pro Kerajaan bercerita mengenai Perhimpunan Bersih..apakah itu??..Aku yakin ramai jugak yang tak tau kan..tak payah nak bohong r. Aku mula menyelusuri google dan menjelajah kesegenap inci ruang untuk mencari jawapan yang asyik berlegar membentuk seribu satu persoalan. 


Setelah penat berjelajah, barulah aku  tahu. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang kedua dan yang pertama Pada 10 November 2007 yang lalu. Aku memang buta mengenai perkembangan semasa Malaysia. Teruk betul (nada menyesal). setelah umur aku menjejak puluhan ini. tiba-tiba keinginan untuk mengatuhui, ambil peduli, ambil kisah mengenai setiap keputusan kerajaan memang meningkat. Aku pun tak pasti samada disebabkan faktor umur, persekitaran, teman rapat atau keluarga (jawapan skema karangan). 


Setelah belek-belek di laman web lain2 antara tuntutan Bersih 2.0 ini adalah 



Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor


Aku pun Serba Salah. Sama ada nak sokong ataupun tidak Perhimpunan Bersih 2.0 ini. Aku akui dan yakin sangat kerajaan yang Sekarang ini memang penuh Korupsi dan rasuah merata-rata. mana Taknya akaun facebook yang percuma kerajaan upah RM 1.6 juta buat page untuk Citrawarna. kemudian dengan 2 Kes orang mati dekat bangunan SPRM. Memang tak masuk akal. Isu Sosial terutama anak remaja yang semakin rosak akhlak. Memang banyak kalau nak disenaraikan. Letih jugak aku nak taip semua.


TAPI Kerajaan BARU yang dicanangkan mampu MENJADI LEBIH BAIK DARI KERAJAAN SEKARANG, BETUL KE???..5 BUAH NEGERI TELAH DIPEGANG TAPI BANYAK JUGAK MASALAHNYA. BAIK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG DAH TAK ADA BEZA. DUA KALI LIMA SAHAJA





SUMBER BERITA BERSIH

2 comments:

  1. Mari ramai-ramai kita menyertai BERSIH..
    Buktikan kepada KERAJAAN...
    Kita mampu menguasainya..
    Bukan saja di KL... Bahkan diseluruh negara..
    Demi menjaga masa depan anak-anak bangsa..
    Aktiviti Yang akan Dijalankan:
    - memBERSIH sistem peparitan
    - memBERSIH tempat takungan air
    - memBERSIH longgokan sampah
    'sama - sama kita mencegah pembiakan Aedes..'

    ReplyDelete
  2. stuju ngan @fadel sulaiman...
    x yah nak bersih2 pasal politik..diri sndiri kuarga pon blom tntu stabil lagi tuh....

    apakata sama2 membersih kl...sedap mata memandang...
    berat sama dipikul,ringan sama dijinjing~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang