vs
Nuffnang
Tuesday, 23 August 2011
Sejarah Apple iPhone selama 4 Generasi
Sekarang memang musim smartphone fully touch screen. aku yakin model iPhone r punca fenomena TouchScreen melanda seuruh dunia. Sama macam Fenomena iPad. bila Apple mulakan produk iPad semua pengeluar Smartphone Berlumba keluarkan Tablet mereka seperti Samsung Galaxy Tab dan Motorolla Xoom. Cumnya yg aku pelik, macam mana Apple bleh jadi nama syarikat depa. Kalaulah si Steve Jacob tu rakyat Malaysia, mesti dia namakan Durian ataupun Rambutan.. maka jadilah Durian iphone 4..huhuhuhu
p/s : aku sekarang tengah kumpul duit raya dari Says..setiap klik dibayar Rm 0.20..hanya perlukan Facebook untuk Daftar dan ianya pecuma..klu korang nak duit raya jugak KLIK SINI
Monday, 22 August 2011
Top 10 Pembelian Google Di Bazar Ramadhan
Ramai yang tak tau, sebenarnya Pak cik Google juga sedang berpuasa. sebab tu masa Bulan Ramadhan ini Pak cik google hanya beli satu lauk saja iaitu Motorolla Ability. kalau sekali Pak cik Google ini membeli belah memang buas. Jom kita tengok koleksi kebuasan Pak cik Google dan semuanya di dalam US dollar
1. dMarc Broadcasting dbeli pada Januari 2006 bejumlah $102 million
2. On2 Technologies dibeli pada februari 2010 dengan Jumlah $133 million
3. Slide.com dibeli pada November 2010 dengan Bayaran $182 million
4. Admeld dibeli pada Januari 2011 dengan bayaran $400 million
5. Postini dibeli July 2007 dengan bayaran $625 million
6. ITA Software July 2011 dengan bayaran $700 million
7. AdMob dibeli pada November 2010 dengan bayran $750 million
8. Youtube dibeli pada Oktober 2006 dengan jumlah bayaran $1.65 Billion
9. DoubleClik dibeli pada April 2007 dengan jumlah bayran $3.1 billion
10. Motorolla Mobility dibeli pada 15 August dengan jumlah $12.5 billion
Dan yang terakhir, Google juga berminat dengan salah satu produk dari Negara Malaysia. Sumber dari pihak google mengatakan mereka sanggup membayar berapa saja bayaran yang akan dikenakan. kerana mereka yakin produk tersebut memang berkualiti. produk tersebut yang masih dalam pembangunan tetapi tetap berada dalam Radar Google. Produk tersebut adalah 1Malaysia Emel dari TRicubes
Sumber Berita Klik Sini
p/s Teringin rasanya nak guna dengan 1Malaysia Emel dengan MAXIS Broadband
1. dMarc Broadcasting dbeli pada Januari 2006 bejumlah $102 million
2. On2 Technologies dibeli pada februari 2010 dengan Jumlah $133 million
3. Slide.com dibeli pada November 2010 dengan Bayaran $182 million
4. Admeld dibeli pada Januari 2011 dengan bayaran $400 million
5. Postini dibeli July 2007 dengan bayaran $625 million
6. ITA Software July 2011 dengan bayaran $700 million
7. AdMob dibeli pada November 2010 dengan bayran $750 million
8. Youtube dibeli pada Oktober 2006 dengan jumlah bayaran $1.65 Billion
9. DoubleClik dibeli pada April 2007 dengan jumlah bayran $3.1 billion
10. Motorolla Mobility dibeli pada 15 August dengan jumlah $12.5 billion
Dan yang terakhir, Google juga berminat dengan salah satu produk dari Negara Malaysia. Sumber dari pihak google mengatakan mereka sanggup membayar berapa saja bayaran yang akan dikenakan. kerana mereka yakin produk tersebut memang berkualiti. produk tersebut yang masih dalam pembangunan tetapi tetap berada dalam Radar Google. Produk tersebut adalah 1Malaysia Emel dari TRicubes
Sumber Berita Klik Sini
p/s Teringin rasanya nak guna dengan 1Malaysia Emel dengan MAXIS Broadband
Wednesday, 17 August 2011
Mahasiswa tidak lagi perlukan buku
Sekarang semua pakat meneroka dekat internet saja, perpustakaan pun dah lama tak jengah. Kalau sebulan kena potong Streamyx, bermaksud sebulan lah lewat hantar tugasan
Sumber info KLIK sini
Sumber info KLIK sini
Tuesday, 16 August 2011
Bersykurkah Kita??? - Somalia
kali ini aku copy paste bulat2..sumber dari emel..harap sangat kita semua mendapat Perubahan yg besar di Kala Ramadhan sudah memasuki fasa ke 2...
Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan.
Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.
Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Mari kita lihat gambar-gambar keadaan di sana .
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh
Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana , Kenya
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir
Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad
Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya
Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh
Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia
Keadaan haiwan ternakan di sana
Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley
Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011
Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011
Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia . Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan
Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo , Somalia
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011
Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011
Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu , pada 21 July 2011
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana . Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam.
Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda
Subscribe to:
Posts (Atom)