Nuffnang

Monday 19 December 2016

Bagaimana Mendapatkan Tiket Bas Murah Dengan RedBus.My


Harga kebiasaan bagi tiket bas Transnasional adalah berharga RM 35.70 tetapi dengan membeli tiket bas melalui laman web red.Bus ataupun melalui aplikasi telefon pintar anda akan dapat potongan harga yang sangat lumayan. Disember lepas saya berjaya membeli tiket bas dari Kota Tinggi ke TBS pada hanya RM 17.85 sahaja. betul separuh harga sebenar. Saya pada mulanya agak ragu dengan kesahihan tiket ini sehingga saya pergi sendiri ke kaunter bas di, ternyata tiket ini sahih bukan scam atau fraud. Betapa gembira apabila dapat membeli dengan harga promosi ini red.Bus my. Klik link ini Red.Bus

Di bawah ini adalah bukti tiket yang saya dapat beli. sangat murah dan berbaloi. Mendapatkan tiket bas murah bukan mustahil

Tiket Transnasional 

Platform bas yang saya naiki 

Ternyata ketika ini ada promosi dari Red.bus. setiap 'Sign-Up' baru secara automotik anda akan dapat RM20 secara Percuma. ya betul anda tidak salah baca. Mendapat hadiah secara RM20. berbaloi bukan. Jika harga tiket anda RM25. RM25-RM20 = RM5. anda hanya perlu membayar RM 5 sahaja. Cuti sekolah ini cepat tempah tiket bas anda. 

Untuk Mendaftar dengan Klik Sini Red.Bus



Tuesday 22 November 2016

Kisah Cinta Pandang Pertama

Arghhh,
Mulutku terkunci lagi,

Geram dengan diri sendiri, dimana kekuatan yang dibina selama ini?. Bukan sedikit latihan dan pengulangan ayat sudah ku ulang. Jiranku pasti kebingungan melihat aku sering bercakap sendirian di ampaian bajuku. Disitulah tempat ku berlatih meluahkan kata. Tetapi bila saja tiba masanya, hatiku mula gundah dan mulutku terkatup dengan sendiri.
Mindaku kosong, entah apa yang ku fikirkan. Seolah-olah aku di awang-awangan. Semakin kucuba untuk luahkan, semakin dalam mindaku terbenam.

Geram,

Sudah beberapakali peluang ini terhidang. Bukan aku tidak tahu alamat rumahnya, waktu rehatnya, warung yang selalu si dia singgah. Bahkan aku sudah mula rapat dengan pemilik warung tersebut kerana pasti aku bertanya apa yang dibeli oleh si Dia. Semuanya sudahku catit rapi. Ibarat lif sudah terbuka tinggal lagi memicit butang tingkat  berapa untuk ke destinasi. Tapi bila masa yang menuntut aku mengucapkan  bicara pasti tiada apa yang diluahkan. Suasana menjadi terlalu sepi, jantung berdegup kencang. Terasa ingin meletup dada ini menahan gugupnya gemuruhku. Selalunya, langkah pertama sangat yakin sehingga semakin hampir aku akan membiarkan sahaja si Dia berlalu pergi. Cis, sampai bila aku akan bergini

Malu,

Aku bukannya pemberani meluahkan apa yang terbuku di hati. Malu, yang teramat sangat. Bukan sekali aku begini, ketika aku masih menuntut di Universiti. Siapa tak kenal Anak Mak Milah Roti Jala, Setiap pagi pasti aku singgah ke sana. Bukan mahu makan sangat, tetapi sekadar ingin menatap wajah anaknya. Salmah yang setia menunggu di kaunter. Tapi tak banyak yang aku lakukan. Hanya mampu merenung wajahnya. Merenung dari jauh sangat menyeksakan.

Nekad,

Kali ini aku nekad. Jika kata ini tidak diluahkan pasti sampai bila pun jiwaku akan terus terseksa. Tidak lama lagi sudah mahu menjengah ramadhan. Sesudah Ramadhan hari yang sangat dinantikan oleh seluruh umat islam iaitu Hari Raya. Hari Raya soalan cepumas yang ditanya ‘Kau tu bila lagi nak kahwin’. Stress aku memikirkan. Lagi seminggu umurku akan menjengah 30 tahun. Usia yang agak lanjut kalau belum kahwin. Amir, kawan rapatku sejak di bangku sekolah sudah menimang anak ke-4. Aku masih pengecut untuk meluahkan bicara memikat pemaisuri hatiku.
Inilah masanya,

Jam sudah 12.30 tengahari, sebentar lagi si Dia akan turun rehat dari pejabat untuk makan tengahari. Aku dan bersedia awal-awal. Rambut sudah disisir rapi, minyak wangi sebotol aku dah habiskan. Tinggal lagi mulutku saja ini, mahu terbuka atau tertutup.
Tup, tak, tup, tak
Haaaaa, bunyi kasut si Dia

Assalamualaikum
Waalaikumussalm (jawapnya garau)
Ha?.. .............
Garaunya suara dia. Patut la tinggi aku dan dia tidak jauh beza
Separuh pengsan aku dibuatnya

Aku tidak menoleh kebelakang lagi
LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang