Nuffnang

Tuesday, 26 July 2011

MalaysiaKu : Proton Saga FLX - CVT telah dilancarkan


Akhirnya versi Proton Saga yang dilengkapi teknologi CVT telah dilancarkan. Dengan adanya teknologi CVT bukan sahaja akn dapat mengurangkan penggunaan minyak tapi lebih kuasa serta memberikan satu pengalaman berbeza. Meskipun anda meluncur selaju 130 km/j dengan teknologi CVT enjin hanya berada pada sekitar 3000rpm sekaligus menjimatkan minyak. Proton Saga FLX juga merupakan model pertama Proton yang melalui satu proses revolusi teknologi apabila dilengkapi Kotak gear CVT 6 kelajuan dengan fungsi SAT (Stepped Automatic Transmission).


Selari dengan perubahan teknologi kotak gear, Proton saga FLX juga dilengkapi sistem keselamatan ABS atau sistem brek anti kekunci dan juga EBD pengedar kuasa brek elektronik serta beg udara bekembar bagi penumpang hadapan dan pemandu. Proton dengan Model Saga FLX benar-benar mengalami satu proses Evolusi dan bakal menyaingi Perodua Myvi. dengan tagline 'Even Better' adakah mampu memberi wajah baru dan penanda aras bagi setiap model keluaran Proton?.untuk melihat dengan lebih terperinci dan spesifikasi Proton Saga FLX anda boleh klik Klik Disini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang