Nuffnang

Tuesday 12 July 2011

MalaysiaKU : Gol Tercantik Skuad Harimau



Masa aku lihat gol ini, macam tak percaya pula. Gol yang bertaraf antarabangsa mampu dijaringkan oleh anak watan negara Malaysia yang aku cintai. Memang cantik. lebih-lebih lagi skuad Harimau Negara jarang mampu menjaringkan gol melalui tendangan percuma. Harap-harap skuad Negara mampu memberi sengat dan menunjukkan taringnya ketika melawan ARSENAL dan Chelsea.


Biodata Aidil ZAfuan

Nama penuh:Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir:3 Ogos 1987
Tempat lahir:Seremban,Negeri Sembilan.Malaysia
Posisi Pertahanan Tengah
Kelab :Negeri Sembilan
Nombor Jersi 7


Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dilahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan. Aidil Zafuan merupakan pemain bola Negeri Sembilan di Liga Super Malaysia.Aidil Zafuan merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi ketua pasukan skuad Kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan FA untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan FA ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada tahun 2004,Aidil Zafuan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.

Pada tahun 2005, Aidil Zafuan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan FA. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan FA sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia.

Aidil Zafuan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pesta Bola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1.Aidil Zafuan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.

Aidil Zafuan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil Zafuan berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil Zafuan kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2.

Pada kelayakan Piala Dunia 2010,Aidil Zafuan menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea .

Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/07/biodata-aidil-zafuan-pemain-malaysia.html#ixzz1RtXTI3aA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang