Nuffnang

Wednesday 30 November 2011

Proton Saga FLX SE 1.6 - Di showroom Proton


Sekarang ini Proton Saga FLX SE 1.6, telah berada di semua Pusat Jualan Proton. dengan tujahan kuasa 108hp dipadankan dengan kotak gear CVT, penjimatan minyak pasti di tahap mengagumkan. Kadar harga Proton Saga FLX SE 1.6  adalah seperti berikut untuk solid white – RM49 449, manakala fire red – RM49 89..


Bahagian dalaman Saga ini ada sedikit penambahan dengan kemasan sedikit kemerahan di tombol gear dan streng. dari segi luaran dan enjin sudah memadai dan pasti berbaloi. tetapi proton tetap kalah dari segi kemasan dalaman. kalau dari segi dalam aku pilih Perodua Myvi Extreme 1.5

Kita layan sikit gamabr terbaru Proton Saga FLX SE 1.6





Gambar dekat bawah ini aku rembat dari brochure Rasmi Proton, aku rasa ada sedikit macam tak kena dekat lampu belakang dan body kit dia..mungkin perasaan aku je rasanya..


hari ini aku tengok tv mana2 pun mesti ada berita pasal Perhimpunan UMNO. desas-desus yang kuat menandakan PRU 13 bakal menjelang tiba semakin ampuh. kepada sesiapa yang dah layak tapi mengada-ngada tidak mendaftar sebagai pengundi boleh usya di laman SPR. Atau Sini SINI

Sumber berita SINI dan SINI

Monday 28 November 2011

Gambar ini bukan Fakri Saarani


Aku tahu ramai yang pedih hati bila skuad harimau Malaya kita yang sudah mendahului 2-0 dengan bahrain tiba2 boleh tersungkur di saat-saat akhir. bukan sedikit tapi 3 biji gol dibolosi dalam 10 minit..tapi yakinlah dalam kekalahan itu pasti ada pengajaran yang berharga. Satu yang aku puji Ong Kim Swee, dia sunnguh berani untuk memasukkan mamat yang berjersi 21 ini untuk beraksi di peringkat senior. Walaupun baru berumur 17 tahun tapi aksi dia memang memukau. aku yakin mamat ini boleh membawa Bola sepak Malaysia ke era baru.

Biodata Nazmi Faiz Mansor 

Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari:Kuala Lumpur,Malaysia
Posisi: Midfielder
Kelab: Harimau Muda B
Nombor Jersey: 21 (sukan sea 2011)
Sekolah: Sekolah Sukan Bukit Jalil (2008-2011)


Dekat bawah ini satu bukti kenapa, aku menghamburkan pujian kepada Nazmi...
Gol  nazmi Faiz lawan bahrai

 

p\s : sekarang microsoft sedang buat promosi..Akhirnya dapat jugak peluamg aku guna Microsoft yang tulen...kalau anda nak jugak, KLIK sini

Sumber berita Klik Sini

Thursday 24 November 2011

Proton Saga FLX SE 1.6


Gambar dekat atas ini adalah Proton Saga FLX SE 1.6. Memang aku cukup teruja bila perkhabaran berita yang Proton Saga SE akan ditujah dengan kuasa 1.6. Dekat rumah aku ada sebijik saga BLM versi lama. memang cukup puas hati dari segi pemanduan dan suspensi dia cukup mantap. Tapi satu saja kelemahan dia, xcukup 'power' dan memang xjimat minyak lansung . kalau konvoi dengan wira 1.5 balik ke kelantan,saga BLM 1.3 mesti lagi kuat menketedarah minyak berbanding wira.

Proton Saga SE akan menggunakan enjin 1.6liter dan kotak gear CVT. Bodykit juga dengan rekaan baru namun tidak dicat dengan warna body. Rimnya juga jenis multispoke halus. Lampu belakangnya menggunakan cover jenis clear sama seperti Myvi SE lama. Kerusinya menggunakan balutan kulit berwarna hitam. Menurut sumber, pelancarannya adalah pada 26hb 11 ini dan berkemungkinan akan dilancarkan bersama Exora Bold turbocharged. Menurut sumber dalaman, harga Proton Saga FLX SE 1.6 sekitar RM49,000.





Aku yakin sekiranya model ini dilancarkan Perodua Myvi Extreme 1.5 pasti terkena tempiasnya. manakan tidak padanan enjin 1.6 IAFM + CVT cukup ampuh untuk membawa seisi keluarga meneroka seluruh semennanjung Malaysia. Kalau diberi pilihan antara Proton Saga FLX SE 1.6 VS Perodua Myvi Extreme 1.5 yang mana satu pilihan anda??


Sumber Berita Klik SIni dan Sini


p/s ; aku terjumpa satu video tentang  Jenayah Jalanan dan Jenayah Indeks di Malaysia kini telah berkurang. betulkah??..untuk tonton video tersebut Klik Sini

Friday 11 November 2011

Khas Untuk KaKi Seni

Gambar dekat bawah ini semua Hasil daripada seniman Liu Bolin. Beliau yang berasal dari Bijing memang mempunyai kretiviti dan tahap imaginasi yang hebat. Aku rasa dekat dunia, baru dia sorang yang membawa seni yang bergenre begini. Ini baru seni namanya..:)











p/s sekarang Baru lepas habis Musin Raja Hahi. Duit pun dah pokai. Aku dengar ramai yg dah cashout dekat Says...aku dah boleh cashout. tapi masih menunggu lagi. So bagi Sapa yg ingin berkongsi berapa banyak dah dapat dengan Says..boleh klik SINI

Teknologi terbaru Untuk Pendayung sampan

Disebabkan teknologi ini masih baru dan ramai lagi tidak mengetauhui, setakat artikel ini ditulis hanya Russia sudah berjaya menggunakan dengan jayanya



Khas Untuk Kaki Ponteng Kuliah

Aku yakin ramai diantara kita masa sekolah dulu, amatlah liat untuk bangun pagi siap2 untuk  pergi kelas. Lebih-lebih lagi masa pagi isnin. Ye r, mana taknya lepas je cuti 2 hari sabtu dan ahad. berbasikal keliling taman, main bola tak ingat malam. Tiba-tiba esok pagi kena siap-siap gosok baju dan pergi sekolah. Disebabkan tiap-tiap minggu lepas Ahad je ISNIN menyebabkan banyak2 hari aku paling benci hari Isnin kerana sesi persekolan bermula seperti biasa tiada lagi boleh menonton DrgaonBall di TV2 jam 9.30

Kemalasan Aku untuk ke sekolah berterusan sehinggalah, aku melanjutkan pelajaran di MRSM MUAR. bila dah besar sikit jauh dari keluarga  macam2 r alasan kau untuk tidak ke sekolah. demam r, sakit gigi r. Alsan yang paling mudah dan banyak untuk aku ke klinik sekaligus ponteng kelas adalah migrain..hehehe...Aku paling suka tuang kelas, 'fly', cabut kelas dan macam2 lagi istilah yang korang guna adalah kelas Matematik tambahan. Masa tu aku memang benci sangat2 subjek ney, sebab susah sangat aku nak paham asik dapat markah parat hidung atau gagal memanjang.

Tapi sekarang aku Di IPT, aktiviti mingguan kegemeran aku terpaksa dikurangkan. Ini disebabkan aku masih gagl lagi untuk mencari alasan yang betul2 kukuh atau konkrit untuk ponteng kuliah. So, bagi sapa2 yang masih buntu seperti aku. mungkin boleh cuba tips di Video ini.


 

p/s..So bagi sesiapa yang dah ada anak. aku nasihatkan didiklah mereka elok2..dan sapa2 yang berminat mungkin boleh daftar anak mereka di Pra-Sekolah Percuma. kepada Sesiapa yang ada masalah kewangan eloklah daftar ana mereka. Sesiapa yang belum dan ingin dafta anak mereka KLIK SINI.. untuk Pra-Sekolah Percuma

Wednesday 9 November 2011

Khas Untuk Yang Perasan Power


Aku ada satu teka-teki yang susah tahap ultraman Taro. Kalau terasa diri tu power sangat cuba kira berapa titik hitam..




p/s : Skrang banyak betul program dari kerajaan yang berkatian 1Malaysia. Sebagai Contoh program Pra Sekolah..mesti nak ada lambang 1Malaysia..Kalau ada anak2 korang nak pergi pra sekolah kerajaan..mungkin boleh cuba dekat Pra-Sekolah Percuma

Sunday 6 November 2011

Hanya Di India


Kalau sebut saja India orang akan terbayang sari dan Bollywood. India bukan sekadar dua benda ini tapi lebih dari itu


p/s Kalau dapat ngok youtube dengan Maxis home mesti best. Dengan 30Mbps siapa yg tak nak...Kalau ada duit lebih nanti aku daftar r Maxis Home

Saturday 5 November 2011

Adakah Anonymous Meneruskan Misi Untuk Menggodam Facebook 5 Nov?


Pada satu ketika memang kecoh seluruh dunia dengan berita Anonymous segerombolan pakar penggodam ingin menggodam facebook. Maka, dengan berita itu tersebar luas ramai juga yang mengambil berita ini sebagai satu peluang dan bukan ancaman sebagai contoh donald Duck Trump Malaysia..Dr. Rozmey yang melancarkan DRBook sebagai alternatif kepada Facebook. tetapi sehingga ke hari ini saya masih tidak mengetauhui, adakah masih wujud DRBook ini.

Gerombolan Anonymous bukanlah satu pasukan cap sardin keluaran 1Malaysia, tetapi telah berjaya menggerunkan seluruh badan sekuriti seluruh dunia. Antara yang pernah menjadi mangsa kepada gerombolan ini adalah Bank Of America, Sony dan juga laman web kerajaan Amerika..Kalau aku boleh ada power macam depa dah lama aku godam web CIA.

p/s  Dan hari ini juga merupakan Hari Arafah..Siapa yang tak puasa hari ini amatlah Rugi... Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


Wednesday 2 November 2011

Steve Jobs Vs Mark Zuckerberg


Aku yakin dua orang mamat ini satu dunia mesti kenal dia. Kalau ada yang tak kenal mesti dia tu dari planet Jupiter. Dekat bawah ini aku akan kongsikan satu fakta yang sebenarnya ramai lagi tak tahu



Amacam, terkejut tak dengan fakta ini??

Proton Inspira R3

 

Proton Inspira R3 dikhabarkan akan menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi. sudah banyak gambar2 yang tersebar di talian elektronik dan medium carian di talian maya. Nampaknya penangan Proton Inspira R3 memebri satu gelombang yang dasyat serta sentiasa menjadi bahan bualan bicara seluruh warga internet khususnya peminat proton dan pembenci proton turut mengikuti perkembangan setiap saat dan ketika.

Saya selaku warga Malaysia, pasti rasa berbangga dengan satu lagi pencapaian Proton dan divisyen R3. Pada hemat saya dan dicedok daripada blog2 automatif seluruh negara malaysia, model ini cukup sekadar digelar model Super edition (SE) kerana hanya melibatkan perubahan luaran, dan bercanggah sama sekali dengan keluaran R3 terdahulu yang selalunya melibatkan prestasi enjin dan penambaikan enjin. Tetepi Model Proton Inspira R3 tetap berbaloi untuk dilaburkan.

Berikut merupakan  Info dan spesifikasi Proton Inspira R3

Limited Edition INSPIRA R3 only 100 units evermade
SPECIFICATIONS :
Engine: MIVEC 1.8 MT
Full Bodykit:
1. Inspira Front Bumper Splitter
2. Inspira Side Skirt
3. Inpira Rear Apron
4. Inpira Ducktail Spoiler
Tyres: 225/40/90W Yokohama AR01
Rims: 18×7.5 Advanti Racing M8501
*Perceived Value of all items above was RM9,000
COLORS :
Solid White – 70 units
Genetic Silver – 21 units
Tranquiity Black – 7 units
Plum Red – 2 units
How much price for this Inspira R3?
There’s no change on OTR
(Solid – RM78,549 ; Metallic – RM78,999)


Dikhabarkan untuk Harga Proton Inspira R3, masih mengekalkan harga asal untuk Proton isnpira manual walaupun terlalu banyak aksesori yang ditambah sehingga bernilai RM9000. saya paling tertarik dengan rekaan Rim Inspira ini yang ternyata betul2 nampak garang dan menambah lagi nilai Proton ispira R3.

p/s : walaupun Proton Inspira R3 memang betul2 mengancam. tetapi Volkswagen Jetta betul2 mengancam. Kalau anda nak lihat kehebatan Volkswagen Jetta...Klik SINI...anda pasti pening nak pilih yang mana

Sumber SINI dan Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang