Nuffnang

Tuesday 27 August 2013

10 Pemain Bola Sepak termahal di Dunia


Tahta yang dulu dipegang oleh Cristiano Ronaldo kini dirampas oleh Gareth Bale selaku permain bola sepak paling bernilai Di Bumi. Dengan nilai 86 juta pound dan berkaji 300 000 ribu pound seminggu menjadikan Bale pemain paling bernilai di Dunia..

Jika Diletakkan nilai agak-agak berapa nilai Anda???
Bernilaikah ANda??...atau anda lansung tiada Nilai

10 PEMAIN TERMAHAL DUNIA:

1. GARETH BALE (Spurs ke Real Madrid, Ogos 2013) - £85.9 juta

2. CRISTIANO RONALDO (Man Utd ke Real, Jun 2009) - £80 juta

3. KAKA (AC Milan ke Real Madrid, Jun 2009) - £56.1 juta

4. EDINSON CAVANI (Napoli ke Paris SG, Julai 2013) - £55 juta

5. RADAMEL FALCAO (At Madrid ke Monaco, Mei 2013) - £51 juta

6. FERNANDO TORRES (Liverpool ke Chelsea, Jan 2011) - £50 juta

7. NEYMAR (Santos ke Barcelona Mei 2013) - £48.6 juta

8. ZINEDINE ZIDANE (Juventus ke Real, Julai 2001) - £45.6 juta

9. ZLATAN IBRAHIMOVIC + SAMUEL ETO'O (Inter Milan ke Barcelona Julai 2009) - £40 juta

10. HULK (Porto ke Zenit St Petersburg, Julai 2012) - £39.5 juta


Firman Allah, mafhumnya: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi kamu adalah orang yang bertaqwa.” (Surah al-Hujurat 49: 13)

Kita mulia kerana taqwa bukan kerana 'mahalnya' kita di dunia


Sunday 18 August 2013

Apakah maksud simbol 4 Jari?






GEMPAR. Pengguna FB dan Twitter mula menyedari kemunculan logo berjari empat disertakan tulisan 'R4BIA' yang memenuhi DP friends di media sosial. Anda tertanya-tanya maksudnya?

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh regim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras massacre yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Morsi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ayuh, tunjukkan solidariti ! Sebarkan.


sumber dari Facebook

Thursday 15 August 2013

Jalan-jalan di hari Raya ke 3


Gua petang tadi jalan2 di pekan dengan mak dan adik....
dek kerana Hari raya ke-3, suasana di pekan masih lengang...
sambil mak gua beli barang dia, gua menular sebentar mencari cendol...
tengahari yang terik memang syahdu, dapat minum cendol....

Gua bungkus 1 untuk adik dan mak gua....
masa gua nak kasi cendol dekat mereka berdua ini, 
tiba2 mak gua dalam nada terkejut cakap...
"ehhh, mana dapat cendol tengahari ini, sekarang baru pukul 2"

gua sahut
" dekat stesen bus, dia ada jual"...

tiba2 mak gua macam baru perasan
"Ehhh, dah raya lama..mana puasa"

p/s gua senyum je r.. suasana kehangatan tarbiah Ramadhan paling melekat dalam jiwa...kemeriahan raya tak mampu hilangkannya...so kawan2 dah mula puasa 6 belum??...mak gua dah 2 hari...gua belum mula...


sumber gambar

Monday 5 August 2013

Proton Preve Hatchback 2013

Proton Preve antara model yang berjaya dalam keluaran proton. Dari segi jualan antara 1000-2000 buah jualan bagi setiap bulan. Kawan-kawan dan saudara-mara aku ramai juga yang pakai preve. Apa yang aku boleh puji dari segi 'performance' memang mantap. keluasan dalaman kereta melebihi semua segmen kereta yang sama. bahkan bonet belakang juga sangat luas. oleh itu proton bakal meenggunakan platform yang sama dari proton preve menghasilkan Proton Preve Hatcback




Terdapat juga warna Putih




Proton Preve Hatcback  bukanlah pengganti satria Neo, tetapi satu model baru dari proton untuk pasaran orang muda, terutama yang baru mulakan kerjaya yang inginkan imej sporty dan segar. Proton Preve Hatcback masih tidak diketauhui lagi bilakah tarikh perasmian dan apakah spesifikasi tepatnya. adakah akan sama atau ada penambahbaikan yang siginifikan???...sama2 kita nantikan

Proton Preve Vs Naza Forte

sumber gambar dari Arena Kereta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang