Thursday, 9 February 2012

Tutorial aktifkan servis Broadband SKMM (Pek Projek Komputer 1Malaysia)


Servis pakej jalur lebar simkad SKMM a.k.a jalur lebar untuk Projek Komputer 1Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat Celcom kini hangat diperkatakan dan ia dikatakan sebagai jalur lebar yang paling termurah sekali yang saya pernah dengar dan lihat (merasainya belum lagi!!!). Saya pun yang pakai instanet yang kini terpaksa membayar RM5 sehari pun sakit kepala disebabkan wifi universiti pun tidur sepanjang masa, dan alangkah terperanjat apabila Celcom kini menawarkan perkhidmatan yang murah disampaing dengan menawarkan Pek Permulaan Jalur Lebar Pek Projek Komputer 1Malaysia seperti di bawah ini:




Walaubagaimanapun, kami dari pihak Pujangga Siber tidak menyediakan pek broadband seperti ini, tetapi kami pun telah memberikan tips-tips untuk anda semua...

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, apa yang anda perlu buat ialah...

1. Dapatkan USB broadband modem, beli ataupun pinjam dari kawan anda. Mana-mana pun boleh, janji boleh terima ISP Celcom. USB Broadband Maxis, DiGi, umobile dan sekutu dengannya tidak akan diterima penggunaan broadband murah ini kecualilah modem selain ISP celcom jenis unlocked, korang boleh buat sendiri kalau terer punyer!!!

2. Dapatkan pek permulaan ini spt di atas dari mana-mana vendor yang menyediakan pek tersebut (pakai broadband free untuk sebulan pertama)  tetapi selepas itu, anda perlu top-up sebanyak RM25.00 tunai...kad kredit pun diterima, tapi korang kena isi kod top-up sendirilah!!!

3. Bagi pengguna pek broadband Projek Komputer 1Malaysia, anda cuma masukkan kad sim tersebut ke dalam USB broadband anda dan terus pakai secara percuma hanya untuk sebulan pertama sahaja, dan anda dikehendaki untuk mengaktifkan broadband SKMM tersebut sebelum anda menggunakannya dengan menaip broadband activate ke 28882.

4. Untuk melanggan servis broadband SKMM yang bernilai RM 25.00 ini, anda masukkan kad sim samada pek broadband Projek Komputer 1Malaysia ataupun instanet ke dalam hanset anda dan pastikan anda menaip *124# untuk menyemak baki anda sebelum melanggan servis tersebut. Kalau takde baki, pergilah top-up!!!

5. Kemudian, taipkan Broadband SKMM ke 28882.

6. Selepas itu, anda akan menerima mesej spt ini:

Enjoy 30days of unlimited usage @ only RM25. To confirm yr subscription, type Broadband Yes & send to 28882. RM25 will be charged to yr account upon confirmation

Kemudian, taipkan Broadband Yes ke 28882

7. Selepas itu, anda akan terima mesej spt ini yang menandakan bahawa anda telahpun mengaktifkan perkhidmatan tersebut:

Your service is now activated. Fee:RM25, expires on dd/mm/yyyy hh:mm. To check status, type Broadband Status & send to 28882.


8. Untuk menyemak status langganan anda, taipkan Broadband Status ke 28882


Semoga dengan tip dan trick ini dapat menceriakan kegunaan internet seharian anda...Please enjoice your ultra-cheap yet affordable prepaid broadbands!!!

sumber SINI

tapi smkad ini tak boleh terima panggilan atau SMS, cuma boleh internet saja..klu nak buat panggilan atau SMS mungkin boleh cuba U-Mobile...dengar kata servis dan liputan sudah banyak dipertingkatkan...cubalah U-Mobile

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang