Nuffnang

Sunday 31 July 2011

MalaysiaKu : Pesta Makan VS Pesta Ibadah

Video yang 'cool' dari Anwar Hadi




P/S : sepatutnya video ini ditayangkan di seluruh Televisyen Tempatan.

Tuesday 26 July 2011

Wordless Wedenesday #1 - Perodua myvi 2011 vs proton saga FLX

Perodua myvi 2011 vs proton saga FLX

Jika Diberi Pilhan yang mana menawan hati anda???

1. Rupa Luaran 

VS

2. Ruang Dalaman 

VS

3. Enjin dan Teknologi


VS

4. Keselamatan / Safety feature
VS


Proton melangkah setapak lagi dengan model Proton Saga FLX. model ini bakal memberi saingan sengit kepada Model keluaran Perodua Myvi 2011 yang baru sahaja dilancarkan..jika anda berminat untuk mengetauhi secara terperinci mengenai Proton Saga FLX Klik Sini..dengan harga yang tidak jauh beza Proton Saga FLXdan Perodua Myvi 2011 pasti membuatkan bakal pembeli dalam dilema..

MalaysiaKu : Proton Saga FLX - CVT telah dilancarkan


Akhirnya versi Proton Saga yang dilengkapi teknologi CVT telah dilancarkan. Dengan adanya teknologi CVT bukan sahaja akn dapat mengurangkan penggunaan minyak tapi lebih kuasa serta memberikan satu pengalaman berbeza. Meskipun anda meluncur selaju 130 km/j dengan teknologi CVT enjin hanya berada pada sekitar 3000rpm sekaligus menjimatkan minyak. Proton Saga FLX juga merupakan model pertama Proton yang melalui satu proses revolusi teknologi apabila dilengkapi Kotak gear CVT 6 kelajuan dengan fungsi SAT (Stepped Automatic Transmission).


Selari dengan perubahan teknologi kotak gear, Proton saga FLX juga dilengkapi sistem keselamatan ABS atau sistem brek anti kekunci dan juga EBD pengedar kuasa brek elektronik serta beg udara bekembar bagi penumpang hadapan dan pemandu. Proton dengan Model Saga FLX benar-benar mengalami satu proses Evolusi dan bakal menyaingi Perodua Myvi. dengan tagline 'Even Better' adakah mampu memberi wajah baru dan penanda aras bagi setiap model keluaran Proton?.untuk melihat dengan lebih terperinci dan spesifikasi Proton Saga FLX anda boleh klik Klik Disini

Monday 25 July 2011

Sunday 24 July 2011

MalaysiaKu : Brochure Proton Saga FLX - CVT

Makin hari makin mantap syarikat Proton ini. dulu bukan main orang kutuk. aku rasa untk berjaya kita tak boleh puji sangat2 r. sekali-sekala kena kutuk sikit2 baru boleh maju.hehehe..jom kita layan Proton saga FLX baru yang lebih power dan menjimatkan minyak. untuk harganya adalah lebih RM1000 darpada model Proton saga A/T


Dilengakapi dengan CVT transmission pasti gempak dan mempunyai nilai tambah yang tinggi, pencabar yang terdekat Myvi pasti terasa ney..xsabar nak dengar review daripada pemakai2 kereta.




Aku xsabar nak tengok proton dan perodua berlawan tagline. Perodua Myvi 'Lagi best' vs Proton Saga punya...agak2 apa strategi Proton ya???...

Sumber dari klik sini

Gol Penalti Terbaik - Theyab Awana

Gol yang dijaringkan secara 'Backheel' oleh theyab Awana telah berjaya melonjakkan namanya di pentas dunia. dalam masa hanya 2 minggu video yang dumuatnaik ke  youtube telah ditonton oleh seramai 2 juta orang. memamg dasyat penangan 'backheel' theyab. Gol penalti dijaringkan ketika perlawanan Persahabatan antara UAE dan lebonan. ketika telah mendahului 5-2, theyab telah menjaringkan gol tersebut.yang berkesudahan 7-2. Ramai yang mengecam dan ramai juga yang terhibur dengan Gol tersebut. anda pula bagaimana??.. jom kita usya Gol tersebut





mamat ney r yang jaringkan gol tersebut. berikut merupakan sedikit bioadata beliau :
Full nameTheyab Awana Ahmed Hussein Al Musabi
Date of birth8 April 1990 (age 21)
Place of birthAbu DhabiUAE
Height1.74 m (5 ft 9 in)
Playing positionWinger


Sumber gambar dan biodata : wikipedia


p/s sedih bila lihat harimau Malaysia dibaham singa semlam..harap-harap mereka boleh bangkit di Stadium Bukit Jalil. Mungkin lepas ini aku dah xpayah menghadap laptop. sebab sekarang tengah kumpul duit beli Playbook.....harap2 dapat r, korang pun apa lagi jom kita beli angkat PlayBook

Tuesday 19 July 2011

Apa Yang Berlaku Jika Hand phone anda Hilang???

Aku yakin ramai antara kita melayari internet melalui 'Smartphone' mereka. rata-rata tiada lansung password protection diletakkan. oleh itu anda semua kena jaga betul barang anda terutamanya di 10 tempat seperti di gambar bawah ini.. harap ianya membantu



sumber asal Klik sini

Saturday 16 July 2011

Keputusan Malaysia Lawan Liverpool Asia Tour 2011

Keputusan Perlawanan :

MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL..

aku cukup suka dengan gol dari Safiq Rahim. Memang bertaraf dunia. jom kita layan All GOal and Highlights



Friday 15 July 2011

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PTD

Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-Esei
Seksyen D : Esei Bahasa Melayu
Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris

sumber berita PTD

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Kepada semua calon peperiksaan PTD harap2 sume dah buat persiapan sempurna. jangn tidur lewat ok. yang penting lepas dah berusaha tawakal banyak..dekat sini juga saya akan letakan jadual penuh Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik




p/s : moga2 kerajaan akan dapat melantik pegawai PTD yang berkelayakan dan berwibawa

Tuesday 12 July 2011

MalaysiaKU : Gol Tercantik Skuad Harimau



Masa aku lihat gol ini, macam tak percaya pula. Gol yang bertaraf antarabangsa mampu dijaringkan oleh anak watan negara Malaysia yang aku cintai. Memang cantik. lebih-lebih lagi skuad Harimau Negara jarang mampu menjaringkan gol melalui tendangan percuma. Harap-harap skuad Negara mampu memberi sengat dan menunjukkan taringnya ketika melawan ARSENAL dan Chelsea.


Biodata Aidil ZAfuan

Nama penuh:Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir:3 Ogos 1987
Tempat lahir:Seremban,Negeri Sembilan.Malaysia
Posisi Pertahanan Tengah
Kelab :Negeri Sembilan
Nombor Jersi 7


Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dilahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan. Aidil Zafuan merupakan pemain bola Negeri Sembilan di Liga Super Malaysia.Aidil Zafuan merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi ketua pasukan skuad Kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan FA untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan FA ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada tahun 2004,Aidil Zafuan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.

Pada tahun 2005, Aidil Zafuan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan FA. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan FA sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia.

Aidil Zafuan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pesta Bola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1.Aidil Zafuan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.

Aidil Zafuan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil Zafuan berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil Zafuan kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2.

Pada kelayakan Piala Dunia 2010,Aidil Zafuan menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea .

Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/07/biodata-aidil-zafuan-pemain-malaysia.html#ixzz1RtXTI3aA

Monday 11 July 2011

MalaysiaKu : Pelakon Terhebat Sepanjang Zaman

Lakonan seseorang di kaca layar mahupun di pentas seniman memang memerlukan satu 'skills' yang mantap bagi setiap orang yang melihat lakonan mereka benar-benar realiti dan bukan lakonan. Berikut saya senaraikan beberapa orang pelakon yang bebar-benar berkarisma dan mampu menjiwai watak dengan sepenuh hati. Anda pilih mana yang paling hebat.


1. P. Ramlee


2. Saloma 


3. Rosyam Nor.


4. Anwar Ibrahim


p/s : tiba-tiba rasa meluat juga lakonan kalau asik-asik skrip yang sama

Tuesday 5 July 2011

Wordless Wednesday #1 - Save Palestine

Remaja dan Telefon Bimbit

Jika anda faham perkataan ini, IDK, ROTFL, BFF. bermakna anda adalah seorang remaja. Tapi jangn 'scroll' sampai bawah ya..!


SUMBER berita KLIK SINI

Sunday 3 July 2011

Unggun Bersih - A. Samad Said #BERSIH






UNGGUN BERSIH – A.SAMAD SAID

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

samadsaid.wordpress.com



p/s : Aku merupakan antara jutaan rakyat Malaysia yang masih berdiri atas pagar. sama ada menyokong BERSIH atau patriot. aku bukanlah ingin berpeluk tubuh tanpa ingin mengambil tindakan apa2 ke atas negara tercinta, tapi dengan penilaian aku sebagai rakyat biasa negara MALAYSIA, baik pembangkang mahupun Kerajaan dan tiada beza. Dua-dua tidak boleh menjamin dan tiada kredibiliti yang utuh untuk mentadbir negara. Tapi aku rasa mesti ada kelaianan dalam bersih, sampai A. Samad Said juga menyokong tuntutan BErsih..anda bagaimana???Sudah ada pilihan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang