Nuffnang

Wednesday 29 June 2011

MalaysiaKu : BERSIh 2.0 VS PATRIOT


Patriot Pemuda UMNO




BERSIH Rakyat Malaysia

p/s : AKu rasa hanya di Malaysia perkara ini berlaku. Apabila untuk menggagalkan satu Demonstrasi jalanan Satu Lagi Demonstrasi jalanan di Wujudkan. Kita Tunggu 9 Julai ini, adakah lautan Merah yang akan mewarnai seluruh Dataran Merdeka atau Kemeriahan kuning membanjiri dari Masjid India ke Sogo hingga DBKL.

sumber gambar dari google  dan Patriot

Tuesday 28 June 2011

Facebook : Bermula dari 2004 hingga kini

Facebook memang menjadi Fenomena satu dunia. Jika dahulu untuk berknalan atau tackle awek, Dialognya berbunyi begini . " nak minta number phone boleh?". tapi sekarang dah tukar "ada muka buku  Facebook tak??". hampir setiap rakyat Malaysia mempunyai 1 akaun facebook, 2 3 pun ada. Dan sekarang pengguna aktif facebook satu dunia telah mencapai seramai 500 juta orang. ramai sangat2. Jom kita usya sejarah Facebook dari tak laku hingga terkenal seluruh dunia sekarang


 

Anda mahu sebuah iPad 2...Daftar pertandingan disini Churpchurp iPad 2

Sumber berita KLIK DIsini

Wordless Wednesday #1 – Bersih VS Kotor



Sumber gambar Google

Kreatif : Bar Code pun 'Stylo'

Mana dorng dapat idea??..aku puas pikir apa nilai tambah untuk sesebuah produk..dorang senang2 sahaja buat dan memang kreatif


1. Payung Disimbah Hujan



2. Curahan air dari Botol


3. Kamera pun boleh



5. Ini lagi Style : Kaset

6. Satu-satunya Bar Code yg boleh terbang : Awan Goku


7.  Cawan pun Boleh


8. Habis Bar Code ini kena Makan.


9. Mesti Korang tak tau apa ney..Cuba Teka???




p/s Sekarng memang musim iPad 2 ....Untuk beli iPad 2 xda duit. So Terpaksalah menggunakan cara Percuma..Percuma???..ya Percuma..dengan Sertai pertandingan r..Syarikat Pengiklan Malaysia ChurpChurp telah adakan satu Pertandingan, dan Hadiahnya adalah iPad 2..Harap2 aku dapat. Kalau korang nak menang iPad 2 jugak, boleh tekan SINI

Sumber gambar KLIK SINI

Sunday 26 June 2011

Iklan Lawak : 1Malaysia-Proton


Video ini aku secara tak sengaja jumpa masa jelajah di Youtube.

1. Aku gelak habis bila si David cakap " We Sent them at nigh r'..Memang cool lawak dia.hehehe..Aku tak pernah terfikir Si David tu akan cakap macam tu.

2. Dalam video ini aku kenal 2 daripada 3 orang..Afdlin shauki pegang watak melayu, Si David Terima Kaseeeeeh.. Tapi yang berlakon watak bangsa Cina aku tak kenal plak siapa. Ada yg kenal??..

3. Dorang bertiga memang Superb r lakonan dia..penuh bersahaja, tenang dan lansung tak nampak plastik.memang kuat 'Chemistry' antara dorang ini...

4. 1Malaysia?? apa ya???


p/s : Tangan aku sekarang tengah gatal nak angkat handset baru.. Korang rasa Samsung Galaxy S 2 sesuai tak dengan aku??


Thursday 23 June 2011

Kreatif : Profile Facebook yang 'Stylo' dan Kreatif

Sekarang untuk berseni dah xperlu guna crayon atau 'water color'. dengan menggunakan teknologi juga dah mampu menterjemahkan hasil karya seni. memang dasyat r pemikiran manusia sekarang. Dengan Facebook juga boleh berkarya. jom usya hasil seni mereka. :

1.



2.

 3,

 4.

 5.

 6
7.




8.



Sumber Asal DI SINI

Hikayat : Sejarah Facebook dan Wang


Untuk Sumber INFO DISINI

Wednesday 15 June 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 MalaysiaKU


Tiba-tiba perasaan tertanya-tanya membuak-buak di dada. Ini semua gara-gara hampir Selama 3 hari berturut-turut di seluruh Media pro Kerajaan bercerita mengenai Perhimpunan Bersih..apakah itu??..Aku yakin ramai jugak yang tak tau kan..tak payah nak bohong r. Aku mula menyelusuri google dan menjelajah kesegenap inci ruang untuk mencari jawapan yang asyik berlegar membentuk seribu satu persoalan. 


Setelah penat berjelajah, barulah aku  tahu. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang kedua dan yang pertama Pada 10 November 2007 yang lalu. Aku memang buta mengenai perkembangan semasa Malaysia. Teruk betul (nada menyesal). setelah umur aku menjejak puluhan ini. tiba-tiba keinginan untuk mengatuhui, ambil peduli, ambil kisah mengenai setiap keputusan kerajaan memang meningkat. Aku pun tak pasti samada disebabkan faktor umur, persekitaran, teman rapat atau keluarga (jawapan skema karangan). 


Setelah belek-belek di laman web lain2 antara tuntutan Bersih 2.0 ini adalah 



Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor


Aku pun Serba Salah. Sama ada nak sokong ataupun tidak Perhimpunan Bersih 2.0 ini. Aku akui dan yakin sangat kerajaan yang Sekarang ini memang penuh Korupsi dan rasuah merata-rata. mana Taknya akaun facebook yang percuma kerajaan upah RM 1.6 juta buat page untuk Citrawarna. kemudian dengan 2 Kes orang mati dekat bangunan SPRM. Memang tak masuk akal. Isu Sosial terutama anak remaja yang semakin rosak akhlak. Memang banyak kalau nak disenaraikan. Letih jugak aku nak taip semua.


TAPI Kerajaan BARU yang dicanangkan mampu MENJADI LEBIH BAIK DARI KERAJAAN SEKARANG, BETUL KE???..5 BUAH NEGERI TELAH DIPEGANG TAPI BANYAK JUGAK MASALAHNYA. BAIK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG DAH TAK ADA BEZA. DUA KALI LIMA SAHAJA





SUMBER BERITA BERSIH

Tuesday 14 June 2011

Pengganti Edwin Van der Sar adalah khairul Fahmi??


Khairul Fahmi Che Mat merupakan penjaga gawang terbaik bagi skuad Kebangsaan Malaysia. Sungguhpun dengan reputasi yang hebat dan dijulang sebagai wira dalam skuad Harimau pada Piala Suzuki, beliau bukanlah calon utama pengganti Edwin Van Der Sar. Mungkin calon yang ke 57 atau 68. Saja je bikin gempak sikit tajuk post aku ney..hehehe.


Gambar yang ini barulah pengganti sebenar Edwin Van Der Sar. nama dia Sharbini Alwee David De Gea. Bermain untuk skuad Terengganu Atletico Madrid. Dengan umur yang masih muda, pemain ini dijangka menjadi satu perancangan yang bijak bagi Strategi Masa hadapan Skuad Sir Alex Ferguson

Gambar Fami diambil dari Google..
gambar De Gea diambil dari Google jugak

Monday 13 June 2011

MalaysiaKu Hebat PT91 Pendekar


PT91 Pendekar adalah main 'battle tank' ataupun kereta kebal tempur barisan hadapan  milik Angkatan Tentera Malaysia. Satu saja harapan aku, bila Kudrat Si 'Pendekar' ini diperlukan ianya mampu berfungsi sekaligus berjaya mempertahankan kedaulatan negara. Nak hidup enjin jew, tiba-tiba baru perasan enjin dah hilang. Tolong jangan ulangi kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E lagi. Jom kita layan beberapa gambar  'Pendekar' Kita beraksi.   

 






Sumber Gambar Klik Disni

Sapa Yang sepatutnya Mati. Obama atau Osama??


Skarang OSAMA dah mati, tapi Dunia tetap belum aman...
Sumber Asal KLIN DISINI

Sunday 12 June 2011

Aku Melayu


Tiba2 aku Malu untuk mengaku MELAYU

Bermain facebook secara Duduk Membunuh Anda



Aku yakin sekarang ini yang sedang usya blog aku mesti sedang duduk. Tak payah nak bohong tengah berlari plak. Apa yang ditulis ini adalah fakta dan bukan auta. Aku yakin semenjak ada internet di rumah ramai daripada kita yang banyak menghabiskan masa DUDUK sambli menghadap Laptop dan melayari internet sepuas-sepuasnya sampai mata pun jadi macam Panda. Dulu masih ada masa untuk bercucuk tanam dekat halaman rumah. Sekarang hanyak bercucuk tanam di FarmVille je. xpun main game Angry Bird.

Tahukah Anda duduk selama lebih 6 JAM sehari meningkatkan risiko kematian kita sebanyak 40%??Kita kena Ubah cara hidup kita. Sekurang-kurangnya 'jogging' 10 minit sehari sudah memadai. selepas ini kita jangan DUDUK k..:)





Sitting is Killing You

Via: Medical Billing And Coding

Model Myvi Baru 2011






Model Myvi keluaran Perodua merupakan model popular di Malaysia. Hampir setiap rumah pasti ada myvi seperti mana beras benda wajib ada di sebuah rumah. di Lebuhraya, desa ataupun di Kota pasti kelihatan model Myvi dipacu oleh Pak lebai atau mat jambu. Myvi telah memegang tampuk model terlaris di Malaysia  selama 6 tahun sejak diperkenalkan di Malaysia. Dengan reputasi yang dasyat dan jualan yang hebat, Perodua telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan model myvi yang telah dipertingkatkan 


Model ini mempunyai 5 varian iaitu 1.3l Standard (A/M), 1.3l Premium (A/M), 1.3l Elegance (A/M), 1.5l Special Edition (A/l) dan 1.5l Extreme (A/M). Model 1.5l hanya akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Harganya (untuk 1.3l sahaja) pula seperti di bawah:

RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance

Sumber Asal Gambar dan Info KLIK DISINI
Gambar Klik sini

Dunia Internet pada 2015


Pada tahun 2015 dijangkakan seramai 3 bilion pengguna internet pada seluruh Dunia. Pada Masa tersebut Dijangkakan Manusia seluruh dunia tidak lagi kerap melayari Internet menggunakan Desktop atau Laptop tetapi lebih kepada tablet seperti iPad 2 dan Galaxy Tab. Memang dasyat teknologi Skrang. Aku harap dengan pengguna Internet yang semakin bertambah, harga untuk internet akan menjadi murah.




Sumber ASLI KLIK DISINI

Pemain Baru Liverpool..Siapa ya?


Pemilik bagi gambar ini adalah Jordan Henderson. Baru sahaja memeterai kontrak  sebagai pemain baru LiverFool Liverpool . Baru sahaja berumur 20 tahun dan akan bermain pada posisi tengah Nilai perpindahan adalah sebnyak 20 Juta Pound bersamaan dengan kira2 1000 buah rumah kos rendah. Adakah Pembelian ini berbaloi dan mampu mengubah Skuad Liverpool?.Kepada sesiapa peminat Liverpool anda boleh suarakan pendapat anda di ruang komen. Cadangkan pemain baru yang sepatutnya Kenny Dungu Daglish beli. Sebab Si Kenny tu Pak teh saya..huhuhu


Sumber gambar KLIK DISINI
Sumber Berita KLIK DISINI

Saturday 11 June 2011

MalaysiaKu adalah negara Maju


Aku fikirkan bila dah masuk zaman facebook dan kereta terbang dah xda benda alah macam ini. Rupanya para Bomoh dan pawang2 juga menyahut sahutan kerajaan untuk memacu perniagaan melalui peredaran zaman. Sekarang ney aku rasa dah xperlu pergi kerumah bomoh, melalui skype jew dah setel masalah..huhuhu...Kamu semua boleh lihat Link asal disni..Buluh perindu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang