Nuffnang

Sunday 18 December 2011

Video lawak : Punca Kesesakan Jalan Raya Yang Osem

Kalau dekat Malaysia aku rasa mamat ney mesti kena layak.


 

p/s Kalau mamat ney ada dekat Malaysia..aku harap kereta aku boleh berubah macam dalam Video Volkswagen ney

Thursday 15 December 2011

Video Yang Cool, Yang buat Aku Bangga dengan iSLAM


Sememangnya iSlam agama yang aku anuti ini Suci lagi sempurna untuk diamalkan. yang merosakkan islam ini apabila ada penganutnya semakin luntur dan jauh dari ajaran islam yang sebenarnya..



Monday 12 December 2011

Suara Adalah Penting Ketika Berkomunikasi

Kalau semua orang panas baran+bengap macam batman habislah dunia. Aku akan senyap saja setiap masa

Khas untuk Yang BM dapat A masa SPM

Sapa yg Rasa BM dia power boleh jawab





isikan tmpat kosong ja...


__________,saya memang seekor lembu!!!


*jawab YA atau TIDAK











sumber dari Facebok



Sunday 11 December 2011

Eurofighter Typhoon Bakal Menjengah Inventori Malaysia


MIG 29 yang sudah menjengah usia emas, bakal digantikan dengan Eurofighter Typhoon. Tapi ini hanya ura-ura saja,  belum pasti lagi. Jumlah pesawat Typhoon yang bakal dibeli ialah di antara 18 hingga 36 buah. kalau anda semua pergi ke LIMA pesawat ini ada dekat pameran. Gempak pesawat ini,merupakan pesawat generasi ke 4. Tapi bukan satu tradisi,Malaysia membeli pesawat dari kesatuan EROPAH  ini hanyalah ramalan saja. Kalau ada rezeki, selepas mac 2012 pesawat ini bakal dipandu TUDM.


sumber berita KLIK SINI

Sunday 4 December 2011

Cetak Wang dengan Google Adsense

Aku baru sahaja menjebakkan diri ke kancah blogger ini kira2 7 bulan yg lalu..... Itupun dengan menggunakan blogspot..percuma r katakan..hehehe...niat aku mula2 ada blog ney just for fun or cuba benda baru..tapi bila dah lama2 cikit baru tau rupa-rupanya internet ney merupakan satu lubuk duit yg amat luas dan boleh dipraktikkan dengan mudah saja....

Salah satu perkara yg aku buat untuk mencetak wang di internet ialah melalui google adsense..bagi para blogger, aku rasa semua dah tau kot pasal adsense ney..first2 memang susah untuk mendapatkan pendapatn yg konsisten dan berterusan..berbagai cara aku try..akhirnya aku jumpa jugak satu skill yg sume orang boleh buat..dan yg paling penting ianya hanya Free, Percuma, Gratis..memang superb r skill ney..Dekat bawah ini merupakan bukti pendapatan aku selama ney..check it out..boleh r aku beli semua barang2 impian aku




lagi bukti pendapatan


Amacam teruja tak??..aku tunjuk ney bukan untuk riak or bangga2 diri..just untuk membakar semngat korang saja...sebhagian gambar disensored kerana arahan google

ok r malas aku cerita panjang lagi..korang semua boleh jana pendapatan macam aku jugak..cuma satu step saja klik kat link ney..selamat mencuba anda pasti teruja..KLIK SINI

Dah cuba belum link yg aku kasi tadi...mudah jew kan nak jadi kaya..huahuahuahua..dalam dunia ney takda benda yg mudah..semakin banyak yg kita ingin dapat semakin banyak r usaha yg kita kena buat (hipotesis kejayaan dunia)...So, fikir-fikirkanlah bahawa syurga Allah itu mahal harganya..bukan sebarang orang boleh memasukinya..jika kita tiada lansung berusaha untuk mngejar akhirat yg hakiki jangan harap r boleh menghidu haruman syurga yg diimpi.. 

p/s Untuk budak yg sedang menjawab SPM, buat yang terbaik ok.. Kalau tak tahu lagi nak sambung belajar kat mana, mungkin info ini boleh membantu...KLIK SINI


Saturday 3 December 2011

Punca Ahli Gusti Bertelagah Di Arena WWE

Pasal ini pun depa nak gaduh...Tak patut r aku rasa. The Rock emo sangat. Benda alah tu bukan susah sangat nak buat, 5 minit punya kerja pun boleh setel. Aku malas nak cerita banyak, korang usya r sendiri


 

p/s Semalam aku pergi Gunung Berlumut. banyak gila r sampah. Kalau generasi kita buat tak tau ja, mesti semua pusat pelancongan Negara Pasti musnah. terutamanya Pusat Snorkeling Malaysia yang terkenal seperti Pulau Tioman, Pangkor dan lain2 lagi r. Aku nak ajak korang sume support kempen ini. Bantu selamatkan Pusat Snorkeling Malaysia ..atau KLIK SINI

Wednesday 30 November 2011

Proton Saga FLX SE 1.6 - Di showroom Proton


Sekarang ini Proton Saga FLX SE 1.6, telah berada di semua Pusat Jualan Proton. dengan tujahan kuasa 108hp dipadankan dengan kotak gear CVT, penjimatan minyak pasti di tahap mengagumkan. Kadar harga Proton Saga FLX SE 1.6  adalah seperti berikut untuk solid white – RM49 449, manakala fire red – RM49 89..


Bahagian dalaman Saga ini ada sedikit penambahan dengan kemasan sedikit kemerahan di tombol gear dan streng. dari segi luaran dan enjin sudah memadai dan pasti berbaloi. tetapi proton tetap kalah dari segi kemasan dalaman. kalau dari segi dalam aku pilih Perodua Myvi Extreme 1.5

Kita layan sikit gamabr terbaru Proton Saga FLX SE 1.6





Gambar dekat bawah ini aku rembat dari brochure Rasmi Proton, aku rasa ada sedikit macam tak kena dekat lampu belakang dan body kit dia..mungkin perasaan aku je rasanya..


hari ini aku tengok tv mana2 pun mesti ada berita pasal Perhimpunan UMNO. desas-desus yang kuat menandakan PRU 13 bakal menjelang tiba semakin ampuh. kepada sesiapa yang dah layak tapi mengada-ngada tidak mendaftar sebagai pengundi boleh usya di laman SPR. Atau Sini SINI

Sumber berita SINI dan SINI

Monday 28 November 2011

Gambar ini bukan Fakri Saarani


Aku tahu ramai yang pedih hati bila skuad harimau Malaya kita yang sudah mendahului 2-0 dengan bahrain tiba2 boleh tersungkur di saat-saat akhir. bukan sedikit tapi 3 biji gol dibolosi dalam 10 minit..tapi yakinlah dalam kekalahan itu pasti ada pengajaran yang berharga. Satu yang aku puji Ong Kim Swee, dia sunnguh berani untuk memasukkan mamat yang berjersi 21 ini untuk beraksi di peringkat senior. Walaupun baru berumur 17 tahun tapi aksi dia memang memukau. aku yakin mamat ini boleh membawa Bola sepak Malaysia ke era baru.

Biodata Nazmi Faiz Mansor 

Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari:Kuala Lumpur,Malaysia
Posisi: Midfielder
Kelab: Harimau Muda B
Nombor Jersey: 21 (sukan sea 2011)
Sekolah: Sekolah Sukan Bukit Jalil (2008-2011)


Dekat bawah ini satu bukti kenapa, aku menghamburkan pujian kepada Nazmi...
Gol  nazmi Faiz lawan bahrai

 

p\s : sekarang microsoft sedang buat promosi..Akhirnya dapat jugak peluamg aku guna Microsoft yang tulen...kalau anda nak jugak, KLIK sini

Sumber berita Klik Sini

Thursday 24 November 2011

Proton Saga FLX SE 1.6


Gambar dekat atas ini adalah Proton Saga FLX SE 1.6. Memang aku cukup teruja bila perkhabaran berita yang Proton Saga SE akan ditujah dengan kuasa 1.6. Dekat rumah aku ada sebijik saga BLM versi lama. memang cukup puas hati dari segi pemanduan dan suspensi dia cukup mantap. Tapi satu saja kelemahan dia, xcukup 'power' dan memang xjimat minyak lansung . kalau konvoi dengan wira 1.5 balik ke kelantan,saga BLM 1.3 mesti lagi kuat menketedarah minyak berbanding wira.

Proton Saga SE akan menggunakan enjin 1.6liter dan kotak gear CVT. Bodykit juga dengan rekaan baru namun tidak dicat dengan warna body. Rimnya juga jenis multispoke halus. Lampu belakangnya menggunakan cover jenis clear sama seperti Myvi SE lama. Kerusinya menggunakan balutan kulit berwarna hitam. Menurut sumber, pelancarannya adalah pada 26hb 11 ini dan berkemungkinan akan dilancarkan bersama Exora Bold turbocharged. Menurut sumber dalaman, harga Proton Saga FLX SE 1.6 sekitar RM49,000.





Aku yakin sekiranya model ini dilancarkan Perodua Myvi Extreme 1.5 pasti terkena tempiasnya. manakan tidak padanan enjin 1.6 IAFM + CVT cukup ampuh untuk membawa seisi keluarga meneroka seluruh semennanjung Malaysia. Kalau diberi pilihan antara Proton Saga FLX SE 1.6 VS Perodua Myvi Extreme 1.5 yang mana satu pilihan anda??


Sumber Berita Klik SIni dan Sini


p/s ; aku terjumpa satu video tentang  Jenayah Jalanan dan Jenayah Indeks di Malaysia kini telah berkurang. betulkah??..untuk tonton video tersebut Klik Sini

Friday 11 November 2011

Khas Untuk KaKi Seni

Gambar dekat bawah ini semua Hasil daripada seniman Liu Bolin. Beliau yang berasal dari Bijing memang mempunyai kretiviti dan tahap imaginasi yang hebat. Aku rasa dekat dunia, baru dia sorang yang membawa seni yang bergenre begini. Ini baru seni namanya..:)











p/s sekarang Baru lepas habis Musin Raja Hahi. Duit pun dah pokai. Aku dengar ramai yg dah cashout dekat Says...aku dah boleh cashout. tapi masih menunggu lagi. So bagi Sapa yg ingin berkongsi berapa banyak dah dapat dengan Says..boleh klik SINI

Teknologi terbaru Untuk Pendayung sampan

Disebabkan teknologi ini masih baru dan ramai lagi tidak mengetauhui, setakat artikel ini ditulis hanya Russia sudah berjaya menggunakan dengan jayanya



Khas Untuk Kaki Ponteng Kuliah

Aku yakin ramai diantara kita masa sekolah dulu, amatlah liat untuk bangun pagi siap2 untuk  pergi kelas. Lebih-lebih lagi masa pagi isnin. Ye r, mana taknya lepas je cuti 2 hari sabtu dan ahad. berbasikal keliling taman, main bola tak ingat malam. Tiba-tiba esok pagi kena siap-siap gosok baju dan pergi sekolah. Disebabkan tiap-tiap minggu lepas Ahad je ISNIN menyebabkan banyak2 hari aku paling benci hari Isnin kerana sesi persekolan bermula seperti biasa tiada lagi boleh menonton DrgaonBall di TV2 jam 9.30

Kemalasan Aku untuk ke sekolah berterusan sehinggalah, aku melanjutkan pelajaran di MRSM MUAR. bila dah besar sikit jauh dari keluarga  macam2 r alasan kau untuk tidak ke sekolah. demam r, sakit gigi r. Alsan yang paling mudah dan banyak untuk aku ke klinik sekaligus ponteng kelas adalah migrain..hehehe...Aku paling suka tuang kelas, 'fly', cabut kelas dan macam2 lagi istilah yang korang guna adalah kelas Matematik tambahan. Masa tu aku memang benci sangat2 subjek ney, sebab susah sangat aku nak paham asik dapat markah parat hidung atau gagal memanjang.

Tapi sekarang aku Di IPT, aktiviti mingguan kegemeran aku terpaksa dikurangkan. Ini disebabkan aku masih gagl lagi untuk mencari alasan yang betul2 kukuh atau konkrit untuk ponteng kuliah. So, bagi sapa2 yang masih buntu seperti aku. mungkin boleh cuba tips di Video ini.


 

p/s..So bagi sesiapa yang dah ada anak. aku nasihatkan didiklah mereka elok2..dan sapa2 yang berminat mungkin boleh daftar anak mereka di Pra-Sekolah Percuma. kepada Sesiapa yang ada masalah kewangan eloklah daftar ana mereka. Sesiapa yang belum dan ingin dafta anak mereka KLIK SINI.. untuk Pra-Sekolah Percuma

Wednesday 9 November 2011

Khas Untuk Yang Perasan Power


Aku ada satu teka-teki yang susah tahap ultraman Taro. Kalau terasa diri tu power sangat cuba kira berapa titik hitam..




p/s : Skrang banyak betul program dari kerajaan yang berkatian 1Malaysia. Sebagai Contoh program Pra Sekolah..mesti nak ada lambang 1Malaysia..Kalau ada anak2 korang nak pergi pra sekolah kerajaan..mungkin boleh cuba dekat Pra-Sekolah Percuma

Sunday 6 November 2011

Hanya Di India


Kalau sebut saja India orang akan terbayang sari dan Bollywood. India bukan sekadar dua benda ini tapi lebih dari itu


p/s Kalau dapat ngok youtube dengan Maxis home mesti best. Dengan 30Mbps siapa yg tak nak...Kalau ada duit lebih nanti aku daftar r Maxis Home

Saturday 5 November 2011

Adakah Anonymous Meneruskan Misi Untuk Menggodam Facebook 5 Nov?


Pada satu ketika memang kecoh seluruh dunia dengan berita Anonymous segerombolan pakar penggodam ingin menggodam facebook. Maka, dengan berita itu tersebar luas ramai juga yang mengambil berita ini sebagai satu peluang dan bukan ancaman sebagai contoh donald Duck Trump Malaysia..Dr. Rozmey yang melancarkan DRBook sebagai alternatif kepada Facebook. tetapi sehingga ke hari ini saya masih tidak mengetauhui, adakah masih wujud DRBook ini.

Gerombolan Anonymous bukanlah satu pasukan cap sardin keluaran 1Malaysia, tetapi telah berjaya menggerunkan seluruh badan sekuriti seluruh dunia. Antara yang pernah menjadi mangsa kepada gerombolan ini adalah Bank Of America, Sony dan juga laman web kerajaan Amerika..Kalau aku boleh ada power macam depa dah lama aku godam web CIA.

p/s  Dan hari ini juga merupakan Hari Arafah..Siapa yang tak puasa hari ini amatlah Rugi... Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


Wednesday 2 November 2011

Steve Jobs Vs Mark Zuckerberg


Aku yakin dua orang mamat ini satu dunia mesti kenal dia. Kalau ada yang tak kenal mesti dia tu dari planet Jupiter. Dekat bawah ini aku akan kongsikan satu fakta yang sebenarnya ramai lagi tak tahu



Amacam, terkejut tak dengan fakta ini??

Proton Inspira R3

 

Proton Inspira R3 dikhabarkan akan menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi. sudah banyak gambar2 yang tersebar di talian elektronik dan medium carian di talian maya. Nampaknya penangan Proton Inspira R3 memebri satu gelombang yang dasyat serta sentiasa menjadi bahan bualan bicara seluruh warga internet khususnya peminat proton dan pembenci proton turut mengikuti perkembangan setiap saat dan ketika.

Saya selaku warga Malaysia, pasti rasa berbangga dengan satu lagi pencapaian Proton dan divisyen R3. Pada hemat saya dan dicedok daripada blog2 automatif seluruh negara malaysia, model ini cukup sekadar digelar model Super edition (SE) kerana hanya melibatkan perubahan luaran, dan bercanggah sama sekali dengan keluaran R3 terdahulu yang selalunya melibatkan prestasi enjin dan penambaikan enjin. Tetepi Model Proton Inspira R3 tetap berbaloi untuk dilaburkan.

Berikut merupakan  Info dan spesifikasi Proton Inspira R3

Limited Edition INSPIRA R3 only 100 units evermade
SPECIFICATIONS :
Engine: MIVEC 1.8 MT
Full Bodykit:
1. Inspira Front Bumper Splitter
2. Inspira Side Skirt
3. Inpira Rear Apron
4. Inpira Ducktail Spoiler
Tyres: 225/40/90W Yokohama AR01
Rims: 18×7.5 Advanti Racing M8501
*Perceived Value of all items above was RM9,000
COLORS :
Solid White – 70 units
Genetic Silver – 21 units
Tranquiity Black – 7 units
Plum Red – 2 units
How much price for this Inspira R3?
There’s no change on OTR
(Solid – RM78,549 ; Metallic – RM78,999)


Dikhabarkan untuk Harga Proton Inspira R3, masih mengekalkan harga asal untuk Proton isnpira manual walaupun terlalu banyak aksesori yang ditambah sehingga bernilai RM9000. saya paling tertarik dengan rekaan Rim Inspira ini yang ternyata betul2 nampak garang dan menambah lagi nilai Proton ispira R3.

p/s : walaupun Proton Inspira R3 memang betul2 mengancam. tetapi Volkswagen Jetta betul2 mengancam. Kalau anda nak lihat kehebatan Volkswagen Jetta...Klik SINI...anda pasti pening nak pilih yang mana

Sumber SINI dan Sini

Wednesday 26 October 2011

Khas untuk yang Bermata Keranjang : Cari Apa yang tersembunyi

Anda power kalau dapat cari dalam 10 saat : Mata Keranjang (Mata Helang)
Jika Anda kacak jangan terus 'scroll' ke bawah. Uji mata anda


Kalau dalam sejam masih xdapat lagi sila hentak kepala dekat dinding..:)



Nampak tak???..klu masih tak nampak, tekan control + W..pasti ada jawpan yg paling jelas

Sunday 23 October 2011

Video ini Buat Aku Nak Ada Anak Kembar : Comel Habis


 

Video ini memang best dan betul2 asli. dengan 2 orang budak yg teramat comel dan tak berbaju. Dua-dua pakai stokin tapi yg sorang tu pakai sebelah saja, baju tak pakai tapi stokin pakai plak. Comel sangat2. Kenapa saban hari semakin bertambah kes pembuangan bayi. Memang mengundang kemurkaan dari ALLAH.

Apa r perasan yang ada pada generasi muda sekarang yg sanggup membuang bayi hasil daripada penzinaan yg terkutuk. Aku sekarang ini betul2 buntu dan sedih melihat masyarakat. Intsitusi keluarga yang runtuh, pemimpin yang korupsi, generasi pewaris bangsa yg lemah dan selalu inginkan hiburan melampau. apa lah yang akan jadi kepada negara Malaysia 20 tahun yg akan datang.

Antara punca yang jelas dan ramai sebenarnya tidak melihat ini sebagai punca adalah keruntuhan fungsi institusi keluarga serta peranan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak.

Sabda Rasulullah :

Setiap bayi yang lahir itu dalam keadaan fitrah ( beragama Islam). Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapanya samada ingin menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi 

Hadis riwayat Bukhari



Saturday 22 October 2011

Pelaburan Silver Fizikal Di Malaysia


Semalam pergi pasaraya nak beli stok barang-barang mentah untuk persediaan raya. Kosnya, RM 140

Dalam kepala pikir... "Lebih kurang 1 oz Silver bar Morgan barang-barang nih!... isk"

Pernah tak anda fikir sebegini?
Saya dah mula latih diri saya untuk letak harga dari segi Silver.

Apa tujuannya?
Supaya kita dapat ukur kuasa membeli dan kadar inflasi sebenar.

Dari hari ini jom kita mula fikir harga barang dalam Silver.
Kalau tahun ni kita beli groceries satu troli = 1 oz Silver bar Morgan,
jom tengok tahun depan bagaimana dengan perubahan harga.
Sama harga ke, ataupun tahun depan kena bayar 1.2 oz Silver bar Morgan ataupun kurang.

Tekaan saya: Untuk satu troli barangan yang sama tahun depan,
harga dalam RM akan naik tetapi harganya dalam silver masih lagi 1 oz Silver bar Morgan.

Kalau tekaan saya betul, maknanya kenaikan harga barang memang amat membimbangkan sekarang. Jika ia berterusan, kemungkinan kita akan menghadapi hyperinfalsi.

Hyperinflasi adalah keadaan di mana kepercayaan kepada wang kertas sudah terhakis sama sekali. Pernah dengar tentang duit daun pisang zaman Jepun dulu? Itulah yang bakal terjadi.

Di dalam ebook Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia, saya bukan sahaja menyenaraikan
keburukan hyperinflasi malah PELUANG PEMINDAHAN KEKAYAAN PALING BESAR yang pernah terjadi di dalam sejarah manusia.

Persediaan perak anda sekarang bukan sahaja menjadi insurans atau pelindung kekayaan. Ia bakal menjadi PENJANA KEKAYAAN di masa hadapan.

Untuk panduan paling konprehensif bagi memaksimakan potensi pelaburan perak, dapatkan ebook sekarang.

Proton Saga FLX Vs Perodua Myvi 2011 : Statistik Jualan

Setakat artikel ini ditulis kedua-dua model iaitu Proton Saga FLX Vs Perodua Myvi 2011 merupakan jualan terlaris dalam industri automatif Malaysia. Kalau bukan si Potong Proton Saga mesti si Perut-Dua Perodua Myvi menjuarai Statistik jualan Kenderan Nasional September 2011 :


1) Perodua Myvi    - 5,941
2) Proton Saga     - 5,474
3) Perodua Viva    - 4,385
4) Proton Persona  - 3,085
5) Perodua Alza    - 2,762
6) Proton Exora    - 1,438
7) Proton Inspira  - 502
8) Proton Satria Neo - 220
9) Proton Waja     - 34
10)Proton Gen2     - 6


Perodua Myvi menjuarai statistik jualan pada September 2011. tapi berjaya diikut rapat Proton Saga. Dengan pelancaran agresif Myvi Extreme 1.5  dan promosi yang mantap dari pihak perodua berjaya melonjakkan statistik jualan Perodua Myvi.yang sebelum ini jatuh teruk.   tapi apa2 pun kita tunggu sehingga Pelancaran Proton Saga FLX 1.6. Pasti ada perubahan pada statistik jualan


Wednesday 12 October 2011

Kenapa kena simpan Silver a.k.a Perak?



Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan
silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan
dalam silver  ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak
tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
silver  tak memberi dividen dan turun naik harga
silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam
silver  ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion
dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang
kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang
paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

"Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang
dengan rakyat Malaysia?
Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang,
bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan.
Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
Belanja sakan lagi.
Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve
kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan.
Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa
bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas,
Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi,
tinggal masukkan masukkan command:
'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga.
Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang
berlambak-lambak tapi takde nilai.
Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis,
manusia akan berpusu-pusu cari silver  untuk
melindungi harta.

Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.
Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'.

Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas
yang cepat sangat susut nilai kepada silver ,
harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
selagi tu la silver  akan naik harga.

Bukan silver  je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

"Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli silver  sebagai pelindung harta."

Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Ebook 'Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver' akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak.

Thursday 6 October 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia


Bekas CEO Apple Steve JOb telah disahkan meninggal dunia. Beliau yg telah berumur 56 tahun dan telah bertarung dengan cancer pankreas Mati dengan meninggalkan dunia teknologi yg telah lama mendapat sentuhan daripada beliau. Silicon Valley yg lahir dari pemikiran tajam beliau, dan revolusi iPad yg mengubah lanskap teknologi merupkan salah satu idea genius lahir daripada insan yg bergelar Steve JoB

Produk dihasilkan Apple dibawah kendalian Steve JOB

1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.
2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.
3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.
4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.
5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.
6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.



Sumber berita KOSMO dan Beta.my

10 Soalan lazim pembeli baru Perak a.k.a Silver

1. Nak beli kat mana Perak?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan Perak?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

Tuesday 4 October 2011

3 sebab Utama Memilih perak berbanding Emas

Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur bullion perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

Thursday 22 September 2011

Ramli Pemain Terbaru Manchester United

Akhirnya Ramli pemain terbaru Manchester United yang mempunyai tekad besar untuk membanggakan ayahnya tercapai..




 

p/s : Kenapa r Ramli yang dipilih namanya. Tapi bila Nama Ramli sebaris dengan Nama Pemain2 Manchester United yang lain2...Ada rasa best gak nama Ramli dan Berbangga menjadi Bangsa Melayu. Sama best seperti BLackberry Playbook






Tuesday 20 September 2011

Jom Gelak Dengan Google Translate


1) open browser anda

2) open google

3) bukak google translate

4) pilih BM translate to BI..

5) taip Ramlah Ram

6) Translate dan jangan ketawa.

:) Good Luck..
Kadang2 bila ketawa, memang dapat tenangkan fikiran..tapi kalau berlebihan dah macam terencat pulak...tapi kalau dapat benda yg kita nginkan lagi best..conoth macam Playbook..memang best
(Sumber dari Shahizul Zul Facebook)

Friday 16 September 2011

Perodua Myvi Extreme dan SE dari RM50,900-RM61,700

Akhirnya model Myvi extreme 1.5  yng ditunggu-tunggu telah dilncarkan.Dengan kuasa 1.5 liter mampu memberi ancaman kepada jentera-jentera yg berkuasa 2.0. Seingat aku, masa raya dulu ada dalam surat khabar Kosmo menceritakan bagaimana sebuah myvi 1.3 dipacu laju sehingga mencecah 180 km/j. Kalau dah 1.5, anda fikirlah sendiri. Aku paling suka saingan yang sihat. belum pun cecah 2 bulan Proton Saga FLX dilancarkan Perodua telah melancarkan seragan balas dengan Model Myvi Extreme 1.5. Hujung tahun ini kita lihat model mana yg lebih kuasai pasaran.

Jom kita layan Model Myvi SE 1.3 dan Myvi Extreme 1.5


Pandangan Belakang Myvi Extreme 1.5 dan Myvi SE 1.3


Bahagian Dalaman Myvi Extreme 1.5. Aku paling Suka kemasan dalam yang nampak mewah apabila dibaluti kulit.


Beza Myvi lama dan Myvi  SE.. kita boleh dengan penambahan Gril hadapan yang lebih garang dan bumper hadapan yang lebih menawan

Senarai harga Myvi Extreme 1.5 dan Myvi SE 1.3


1. Aku yakin kali ini Perodua memang betul2 ingin menguasai pasaran automotif negara. harap2 abang 
    besar  Proton tak terasa hati ya..
2. Kemudian dengan Sesi Universiti baru bermula aku harap, dengan menggunakan OLAY makin ramai 
    orang yg akan tegur aku. Kalau korang nak muka yg licin dan mulus boleh dapatkan info KLIK SINI

Sumber gambar KLik sini

Tuesday 6 September 2011

Antarabangsa : Video yg paling banyak Dislke di Youtube

Aku ingat haritu video 24/7 dapt paling bayak dislike..rupa-rupanya rebecca black lagi dasyat. ditonton oleh 6 juta makhluk manusia. gila r sampai 6 juta orang habiskan masa selama 3 minit untuk tonton video ney. klu 6 juta kali 3 mini berapa ya???..kamu kira r sendiri ya...

Tapi kali ney aku kurang faham kenapa ramai yg dislike video ini sampai 100 ribu orang dislike. klu aku nyanyi macam ini agak2 boleh dapat tak 1 juta view??...huhuhu








p/s : Daripada aku layan video ney, lebih baik aku layan OSK....dapat gak aku tips pelaburan dari OSK

Wordless Wednesday : Kereta BMW terbaru


Monday 5 September 2011

Perodua Myvi Extreme 1.5 dilancarkan 16 september ini


Tinggal beberapa hari saja lagi, Perodua Myvi Extreme 1.5 akan dilancarkan. Klu badan kecil macam ini kemudian layan dengan enjin alza memang terbang r jawabnya Myvi extrme ini.. cumanya yg jadi persoalan berapakah harga yg akan ditala pada Myvi ini. tak kan sampai 60K??...dah dekar dengan harga Alza tu. apa2 pun kita saksikan pada 16 september ini.

p/s : harap2 dengan dui raya yg aku kumpul ney mersa r aku  BlackBerry Bold 9900

Sumber Gambar KLIK sini

MalaysiaKu : Apa Yang Orang Malaysia selalu tengok di Internet

Kali ini aku nak share sedikit info. apa wbsite ataupun blog yg selalu orang malaysia terjah atau jengah. Orang Malaysia kebanyakan gila seks, klu korang tak caya boleh terjah sini Masalah Rakyat Malaysia.. Tapi kali in aku nak bagitau korang semua top rank web di Malaysia berdasarkan ALEXA rank..Alexa rank ini antara penanda aras web atau blog itu popular atau tidak..blog aku ney jangan harap r nak dapat top rank..top 100000 pun belum tentu lagi. klu korang ada blog, nak test power boleh klik sini  ALEXA....



Facebook adalah laman web yang paling kerap dijengah oleh Rakyat marhaen malaysia. Aku yakin generasi yang berumur seawal 10 tahun hingga 40 tahun mesti ada Facebook. pernah ada sorang aku tanya dia berapa akaun Facebook dia ada..dia jawab ada 5 bijik keselurhan.. banyak gila, tapi aku xsempat plak tanya dia untuk apa sampai 5. korang pula ada berapa akaun Facebook?

Sunday 4 September 2011

Inikah iPhone 5 Yang akan Datang?

Aku adalah orang yang selalu mengikuti perkembangan semasa dunia teknologi. Seronok melihat perang Smartphone dan juga Tablet. Apple dengan Iphone dan ipad, Samsung pun tak kurang hebat Samsung galaxy S 2 serta Galaxy Tab 10.1. Tapi sekadar mengikuti perkembangan tanpa mampu untuk membeli Samrtphone walaupun dalam kelas low end spec. Ura-ura iPhone 5 bakal dilancarkan telah tersebar luas, dengan dilengkapi pemprosesan dual-core dan 8 MP pasti memeberi saingan sengit kepada semua pengeluar Smartphone seluruh dunia. walaupun sudah 5 seriuse iPhone 5 dilancarkan tapi iPhone 3g pun aku xmampu nak beli...huhuhu..jom kita layan evolusi iphone 3G kepada iphone 5


p/s : perkhabaran mengenai iphone 5 hanyalah ura-ura saja..tidak diketauhui betul atau tidak.....

Friday 2 September 2011

myvi extreme 1.5


Perodua nampaknya memang tercabar dengan kelahiran model Proton Saga FLX...sebelum raya lagi Perodua Myvi Extreme 1.5 telah dihantar kepada semua pengedar2 Perodua. gambar dia atas adalah gambar terkini Myvi Extreme 1.5. Dari depan memang mengacam, aku paling suka skirting dan 'front lip' yang menarik. Memang garang a.k.a. extrme habis. untuk meihat gambar myvi tanpa skirting boleh KLIK sini

Model myvi memang terkenal dengan penjimatan minyak dan sesuai untuk orang yang bujang dan belum berkahwin. sudah terbukti antara model yang paling terlaris dijual di malaysia. tidak Sah, klu satu rumah tanpa ada sebijik Perodua Myvi. Cuma satu sahaja yang sedang bermain di fikiran saya. berapakah harga yang bakal diletakkan oleh Perodua, adakah akan mencecah sehingga RM60 ribu??...sama2 kita nantikan kemunculan Perodua Myvi Extrem 1.5

Sumber asal KLIK SIni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang